CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Jadi Pemuas Nafsu Bos- Suami Kerja Offshore Bengang, Bagi Nafkah RM8,000 Pun Tak Bersyukur

18-9-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6398| Komen: 7

Seorang suami yang bekerja dalam bidang perkapalan meluahkan perasan. Katanya dia terpaksa berjauhan dengan isterinya, dan hanya pulang ke rumah sekali dalam tempoh empat atau lima bulan.

“Aku kerja kapal balik empat ke lima bulan sekali. Dua hari lepas aku nampak dia hantar video bogel kepada bos dia dekat Telegram,” luahnya.

Lebih menyedihkan, si suami turut mendakwa isterinya juga pernah terlanjur dengan majikan itu.


Gambar Hiasan

“Sedihnya apabila aku baca chat mereka dah r**en. Aku kerja macam nak mati, ini yang aku dapat?” soalnya penuh kecewa.

Dia tidak menyangka isterinya sanggup berkelakuan curang sedangkan selama ini diberi nafkah hampir mencecah lima angka setiap bulan.

“Sebulan nafkah, aku kasi RM8,000,” ujarnya.

Kecewa dengan apa yang terjadi, dia dalam pertimbangan untuk menceraikan isterinya.


“Aku fikir nak cerai je ni. Apa salah aku? Pertama kali aku ‘koyak’ macam ni.

“Duduk laut berbulan tapi bini kau r**en dengan jantan lain,” katanya dengan nada kesal.

Rata-rata netizen berang dengan kecurangan isterinya, malah ada yang tidak sanggup untuk membayangkan situasi yang dialami suami malang ini.

“Dapat RM8,000 ‘percuma’ setiap bulan pun curang. Lepas tu kerja pula dapat pendapatan tambahan dah situ. Nikmat apa lagi yang kau nak dustakan wahai manusia.

“”Dia macam tak cukup kasih sayang ke apa? Nafkah suami dah bagi RM8,000. Tak bersyukur pula. Tak faham aku.

“Kalau tak boleh PJJ, jangan cari pasangan yang PJJ,” komen netizen.

Sementara itu gara-gara pemberian nafkah bulanan yang boleh dianggap lumayan, ramai dalam kalangan netizen yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada lelaki berkenaan.

“Nak jadi bini dia, pasti aku setia.

“Saja cakap aku single lagi, kalau dia nak cari isteri baharu,” komen yang lain. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 18-9-2023 11:20 AM
Udah ada tritnya, sekalian video https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5219965


Quote KamikuP 18-9-2023 03:57 PM
1 + 2 = 3
3 + 4 = 7
Quote jenniferbla 19-9-2023 04:02 PM
Seorang suami yang bekerja dalam bidang perkapalan meluahkan perasan. Katanya dia terpaksa berjauhan dengan isterinya, dan hanya pulang ke rumah sekali dalam tempoh empat atau lima bulan.

“Aku kerja kapal balik empat ke lima bulan sekali. Dua hari lepas aku nampak dia hantar video bogel kepada bos dia dekat rooftop snipers Telegram,” luahnya.

Lebih menyedihkan, si suami turut mendakwa isterinya juga pernah terlanjur dengan majikan itu.

Apakah ada tanda-tanda kecurangan sebelumnya yang pernah dilihat oleh suami?


Quote eely_shana 20-9-2023 02:24 AM
Syukurlah dah ada yg baik tapi…

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.043042 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top