CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Cantik Bawa Penyakit, Ibu Keliru Anaknya Buta Secara Tiba-Tiba

18-9-2023 10:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5828| Komen: 6

Seorang bayi perempuan menerima pujian ramai selepas dia dilahirkan dengan mata berwarna biru yang besar.

Daily Star melaporkan, di sebalik anugerah itu, ibunya, Louise Bice, 34, berkata bayi berkenaan sebenarnya mengalami simptom yang boleh membutakan matanya.



"Orang ramai akan memuji anak saya enam atau tujuh kali setiap hari. Tetapi pada usia enam bulan salah satu mata Aretria bertukar putih seperti susu dan sebarang cahaya menyebabkan dia menjerit kesakitan," dedah ibunya.

Louise dan pasangannya Connor Bice, 29, diberitahu kanak-kanak itu menghidap glaukoma kongenital dua hala yang teruk iaitu kelainan genetik yang menyaksikan tekanan melampau dan semakin meningkat pada saraf optik yang mana ia memerlukan pembedahan segera.

Aretria, kini berusia 10 bulan, menjalani pembedahan selama empat jam di Hospital Kanak-kanak Birmingham, pada Jun untuk melegakan tekanan, tetapi ujian susulan menunjukkan ia telah gagal.


Dia menjalani pembedahan kedua pada Ogos dan ibu bapanya sedang menunggu keputusannya.

Louise yang menetap di Mansfield, Notts, berkata: "Saya tidak pernah menjangka mata Ari yang besar dan cantik itu adalah perkara yang buruk.

"Tiba-tiba satu hari matanya kabur, satu minit ia baik-baik saja dan 15 minit kemudian ia telah berubah sepenuhnya.

"Pakar terpaksa melakukan ujian mengerikan ke atasnya dan saya mengetahui dia telah kehilangan penglihatan di kedua-dua matanya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 18-9-2023 05:30 PM
hmmm kesiannya…semoga baik2 je for baby
Quote noor2 18-9-2023 06:44 PM
Kesiannya baby...kat Malaysia pulak ada budak Ganu mata biru
Quote likilu 18-9-2023 07:03 PM
Ain ke

Billie and abbie Siblings senyum sinis
Quote allshares 18-9-2023 09:00 PM
Sedihnya. Perasaan mak pak mesti tersgt stress.
Quote Farnor 18-9-2023 09:47 PM
Baby aretria semoga cepat n sihatt
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 10:16 AM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.294310 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top