CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sukar Terima Perceraian Punca Sia Murung 3 Tahun

18-9-2023 10:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5799| Komen: 3

Penyanyi dan komposer, Sia mendedahkan dia mengalami masalah kemurungan selama tiga tahun selepas bercerai dengan suaminya, Erik Anders Lang pada 2016.

Sia atau Sia Kate Isabelle Fuller, 47, memberitahu ketika itu juga dia lebih banyak terbaring di atas katil sehingga tidak mampu melakukan perkara lain kerana terlalu sedih dengan penceraian mereka.



Penyanyi itu mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual bersama Zane Lowe untuk siaran podcast Apple Music 1.

"Penceraian itu membuatkan saya kemurungan dan ia titik paling gelap sehinggakan saya benar-benar tertekan.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa sepanjang tempoh itu dan lebih banyak terbaring di atas katil," katanya.

Bagaimanapun kata Sia, proses menggubah dan menulis lirik lagu banyak membantunya keluar daripada keadaan itu walaupun terpaksa mengambil masa lama untuk benar-benar pulih.



"Menulis lagu banyak membantu tetapi pada masa sama saya ada keraguan sama ada karya dihasilkan cukup baik atau sebaliknya.

"Saya terpaksa bergantung kepada pihak pengurusan menentukan sama ada lagu ciptaan saya bagus atau tidak.

"Apa mengejutkan mereka memberitahu saya menghasilkan 11 hingga 13 lagu yang bagus dan cukup dijadikan sebuah album," katanya.

Sia bakal melancarkan album terbaharunya berjudul Reasonable Woman pada tahun depan.

Untuk rekod, Sia dan Erik mula bercinta sejak 2010 sebelum mendirikan rumah tangga empat tahun kemudian.

Bagaimanapun perkahwinan pasangan itu hanya bertahan dua tahun sebelum Sia memfailkan cerai terhadap Erik.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-9-2023 03:58 PM
Sia-sia je perkahwinan ko tu Sia
Quote laicibiru 22-9-2023 01:49 PM
lagi terkejut sebab tak tahu sheols pernah berkahwin
Quote Page88 22-9-2023 06:07 PM
Life happens.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060141 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top