CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Sampai Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah

18-9-2023 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6164| Komen: 27

Kuala Lumpur: Enggan berdiam diri, pendakwah popular, Ebit Lew tampil membuat laporan polis susulan fitnah dilemparkan terhadapnya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew membuat laporan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor.


"Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (Arab Saudi) 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report (laporan) mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya. Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan.

"Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya" katanya menerusi hantaran di Instagram (IG).

Ebit bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai butiran laporan itu.

Bagaimanapun, hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

"Diam itu lebih baik. Sangat takut zaman sekarang. Fitnah akhir zaman semakin ketara, itu bermakna kita dan akhirat pun semakin dekat," tulis pengguna IG, Tyraaa.


"Betul la orang cakap, baik berjuta kali pun kalau ada sedikit silap terus dipandang hina. Tunggu bukti kukuh dulu baru bincang, katanya," tulis seorang lagi pengguna IG, Shahzrin.


Kontroversi membabitkan Ebit, baru-baru ini tercetus selepas seorang wanita bertatu membuat pendedahan menerusi podcast penyanyi rap, Caprice, yang mendakwa mengenai sikap sebenar pendakwah berkenaan.

Pendedahan berani wanita berkenaan dipercayai menyebabkan ramai membuat andaian dan tuduhan terhadap Ebit.

Video podcast berkenaan turut tular di media sosial hingga meraih tontonan tinggi.


Sumber: Harian Metro, IG Ebit Liew


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 18-9-2023 11:07 AM
lawan jangan tak lawa... pencemaran nama baik tu....
Quote Kitty_catz 18-9-2023 12:34 PM
a-bit lewd gicuuuu
Quote Farnor 18-9-2023 12:37 PM
Ustaz konon.. Buku bertemu ruas..
Quote rikiruj 18-9-2023 12:38 PM
Udah2 la ustad.. next time nak buat dakwah & derma buat diam2 toksah masuk medsos.  Ini lah jadinya.. tu la kadang2 bila kita war2kan sangat, jadi modal untuk orang cari kelemahan kita.. kita manuasia, tak boleh lari dari ada kelemahan..
Quote sayurmayur88 18-9-2023 12:42 PM
membuktikan dunia medsos dan populariti sangat tidak sihat.
Quote zuriey 18-9-2023 12:50 PM
Ebit mmg tak leh dipercayai
Tapi knp kita kena purcaya ckp pelacur itu
Quote ultra78 18-9-2023 12:53 PM
Solusinya adalah henti guna socmed. Bila dah stop, takde la buat perkara-perkara yang mengundang komen orang,termasuklah aktiviti yang tujuan cuma nak tarik viewer.
Quote 3chanceno 18-9-2023 01:20 PM
Kes lama dah kena bungkus atau masih dibicarakan?
Quote jiwasemangat 18-9-2023 01:55 PM
Mahkamah netizen = mahkamah menang sorak = mahkamah pandir
Quote mamapea 18-9-2023 02:05 PM
aku ada baca kt fb...knp mangsa2 kena report dulu kt topi nasi bkn pg balai polis terus???
gitu la...
Quote MisXoXo 18-9-2023 03:46 PM
Ebit tgh ada kes..mcm xlogik dia nk buat hal lagi. Aku xcaya ebit ni..tp si moddy ke apa ni. Dia mmg nk duit ja..jd buat2 ceta..apa kes gi ngadu kt topinasi tu..semua demi content.mendptlah komer semua
Quote makadek 18-9-2023 05:56 PM
Best game kali ni dia dh muncul tazabar nk tau next epi kemon
Walabit huru hara sgt dah..
Quote otai_g 18-9-2023 06:57 PM
Kalo da 3,4 kali ada tuduhan yg lebih kurang sama x kan la fitnah lg. Polis plk mcm slow jer. Kalo ceramah politik laju plk buat keje.
Quote jiwasemangat 18-9-2023 08:17 PM
Kalau sekor lembu dituduh sebagai seekor kambing sebanyak 21 kali.. ada kah lembu itu ialah kambing..?
Quote haruslah 18-9-2023 08:30 PM
Ini semua deepfake
Teknologi AI

Haritu kemain sume puji monday
Sekarang, semua kutuk hina dia

Btw, buku dan ruas
Quote Insomniacs 18-9-2023 09:13 PM
Pelik aku naper mesti topinasi yg tau pls kes nih.. camana mslh minah senget tu topinasi yg tau?
Mmg mamat ni akan kejar sesape je yg ada kaitan ngan EL ker
Quote sharlenetexas 18-9-2023 09:14 PM
Scammer tipu scammer.

Quote syafarah_2k 19-9-2023 01:13 AM
Tiga2 xboleh percaya..makan popcorn jer la tgk drama depa ni
Quote amarakasih 19-9-2023 01:41 AM
Insomniacs replied at 18-9-2023 09:13 PM
Pelik aku naper mesti topinasi yg tau pls kes nih.. camana mslh minah senget tu topinasi yg tau?
Mm ...

Dia ada masalah hati dengan EL. Dendam kesumat amat.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.092960 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top