Orangnya memang lawa. Walaupun sudah bergelar janda, namun orang kata, ‘market’ itu masih ada, masih larislah. Tetapi, kalau dikeremuni oleh jejaka-jejaka, Cik Bunga fahamlah juga. Maklumlah, orang lelaki ini memang pantang nampak perempuan cantik.
Tetapi Cik Bunga agaknya yang lupa, perempuan yang feeling nak jadi lelaki pun ada hati nak mengorat perempuan lain. Terpulang pada netizen nak gelar tomboi atau pengkid. Tetapi itulah yang berlaku. Nak dijadikan cerita, ada yang maklumkan pada Cik Bunga yang penyampai berita popular sebuah stesen televisyen ini macam ada apa-apa dengan seorang pengkid. Si pengkid itu pula bukan calang-calang. Ada jawatan tinggi juga di sebuah syarikat swasta. Kantoi sebab pengkid itu ada menghantar sejambak bunga kepada penyampak berita itu di ibu pejabat stesen televisyen tersebut. Bukanlah orang nak tengok sangat, tapi kalau dah terpampang besar nama penerima dengan tulisan ayat-ayat manis berbaur cinta, mana tak terbuntang mata sesiapa yang ternampak bukan?
Jadi, soalan Cik Bunga di sini, adakah penyampai berita itu kini sudah beralih arah kepada percintaan sejenis? Tak akanlah kerana kecewa dengan episod pahit rumah tangga lalu maka tergamak jadi begitu? Mengucap panjang juga Cik Bunga. Tak tahulah pula jika penyampai berita ini pun saja nak main angin atau main-main cinta dengan si pengkid itu. Maksudnya bukan nak sangat, cuma melayan mengisi masa orang kata… Tapi, kadangkala dari melayan main-main pun boleh jadi nyata kalau gagal mengawal diri. Ha… jaga-jaga. Cik Bunga tak naklah satu hari nanti terbongkar cerita di khalayak ramai. Malu dik malu! Sumber: Utusan
|
LembingDayanti replied at 17-9-2023 10:40 PM
bukan pembaca berita la. tapi pengacara WHI yg janda ituhhhh
Diamondmoney replied at 17-9-2023 11:15 PM
Fiza ke cuols. Dia jans kan
irvene replied at 17-9-2023 11:25 PM
larh dia mak jan ke? i is ingat masih anak daro
jargon replied at 18-9-2023 12:17 AM
Peng tu ex wartawan n penerbit rncangan hiburan gosip kerrrr?sbb dia je peng yg aku pernah tgk keje ...
ADVERTISEMENT