Jakarta: Seorang murid sekolah rendah berusia lapan tahun dari daerah Gresik di Jawa Timur buta akibat dicucuk dengan lidi bebola daging oleh pelajar senior yang membulinya. Kejadian tersebut dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak perempuan di perkampungan Menganti 7 Ogos lalu ketika menyertai pertandingan sempenan sambutan kemerdekaan Indonesia di sekolahnya.
Bapa mangsa, Samsul Arif, 36, berkata, ketika sedang asyik berlatih di padang sekolah, anak perempuannya yang hanya dikenali sebagai SAH tiba-tiba ditarik seorang pelajar senior menuju ke kawasan lorong berhampiran bilik guru dan memaksanya memberikan wang. SAH enggan menuruti kehendak pelajar senior itu menyebabkan dia berang dan terus menusuk mata mangsa dengan lidi bakso.
“Saya membawanya ke Hospital Cahaya Giri di Bringkang, Menganti. Kemudian saya dirujuk ke RSMM Jawa Timur, hingga akhirnya saya dirujuk semula ke Hospital Daerah Soetomo. “Anak saya sudah sebulan tidak ke sekolah. Kalau tengok mata kanannya nampak macam biasa, tapi sebenarnya dia tidak dapat melihat kerana sarafnya sudah rosak akibat tikaman lidi itu. “Anak saya kini masih trauma dan takut sangat malah sehingga kini masih tidak mahu bercakap banyak,” katanya kepada wartawan Kompas.com. Samsul berkata, dia dan isterinya sudah cuba meminta pihak sekolah menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekolah itu untuk mengetahui pelajar yang menjadikan anak mereka buta namun, pihak sekolah enggan berbuat demikinan. “Saya dah minta pihak sekolah tunjukkan kamera CCTV tapi tidak dibenarkan. Anak saya tak tahu nama pelajar senior itu dan hanya mengecam wajahnya tetapi dia kan tidak boleh melihat lagi sekarang,” kata Samsul. Samsul berkata, dia sudah membuat laporan polis dan berharap kes itu akan disiasat segera. Sumber: Utusan
|
Atata replied at 17-9-2023 10:21 PM
Eee ya allah teruknya budak2 kat sana level hardcore laa.. cucuk masuk terus dalam mata.. bakal2 jad ...
Atata replied at 17-9-2023 10:21 PM
Eee ya allah teruknya budak2 kat sana level hardcore laa.. cucuk masuk terus dalam mata.. bakal2 jad ...
B40tastePosh replied at 18-9-2023 09:55 AM
Kat sana memang kuat membuli...diorg gi sekolah sebab just untuk membuli..hasil didikan Sukarno ka ...
copy_paste replied at 18-9-2023 09:48 AM
mentaliti sana lebih teruk,
Atata replied at 18-9-2023 10:20 AM
Terlampau ramai rakyat kott
aciksenah replied at 18-9-2023 10:22 AM
Dulu ada srg budak ni, satu sekolah dengan anak masa tadika. Cikgu memang cukup pening. Hari2 kerja ...
Aikiko replied at 19-9-2023 01:33 PM
Dahtu apa tindakan u seterusnya?? Takkan senyap je...dah berdarah2 tu, menyirapnya dengar. Melampa ...
aciksenah replied at 19-9-2023 02:20 PM
Tak ada tindakan apa2 pun..sebab mak budak tu merayu2 minta maaf. I ni jenis lemah sikit kalau ora ...
rykall replied at 19-9-2023 02:39 PM
Bodohnya. Macam tu je jalan penyelesaian. Lebih baik tak payah cerita. Patutnya buat report polis ...
rykall replied at 19-9-2023 02:39 PM
Bodohnya. Macam tu je jalan penyelesaian. Lebih baik tak payah cerita. Patutnya buat report polis ...
aciksenah replied at 19-9-2023 02:20 PM
Tak ada tindakan apa2 pun..sebab mak budak tu merayu2 minta maaf. I ni jenis lemah sikit kalau ora ...
ADVERTISEMENT