CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ditembak Di Hadapan Kedai

17-9-2023 10:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15386| Komen: 8

Machang: Lelaki meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika lelaki berusia 37 tahun yang memandu pacuan empat roda itu berhenti untuk membeli alat ganti kenderaan.


POLIS melakukan siasatan kes tembak yang mengorbankan seorang lelaki di dalam pacuan empat roda di Machang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Bapa saudara lelaki itu, Zuki Ibrahim, 38, berkata, dia dimaklum kejadian itu oleh isteri mangsa pada 6 petang.

"Saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ketika menerima panggilan telefon itu dan terus ke Unit Forensik Hospital Machang.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian dimaklumkan yang mayat anak saudara masih di lokasi," katanya ketika ditemui di lokasi.


Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan anak saudaranya itu sebulan lalu, dan kelihatan biasa sahaja.

"Sepanjang saya mengenalinya, dia seorang yang perahsia dan tidak suka menceritakan masalah yang dihadapi kepada orang lain," katanya.

Zuki berkata, dia dimaklumkan anak saudaranya itu yang tinggal di Pasir Puteh datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan buat bengkelnya.

"Bagaimanapun, saya tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi dan dia meninggal dunia dengan tragis," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-9-2023 10:55 PM
Bercukurlah Malaysia masih aman
Quote sharlenetexas 17-9-2023 11:01 PM
Kelate darul koboi. Kes staf ppd pun kt machang gak.

Quote edayildiz 17-9-2023 11:14 PM
Edited by edayildiz at 17-9-2023 11:15 PM

mexico ke tu..ganaz bethol depa ni..
dlu tahun 2010-2013 ada pembunuh upahan kn..byk jd kes bunuh bunuh tembak ni..antaranya kes yg jd depan trapik lite husm..pembunuh bwk motorbike kejar mangsa
eh byk la jgk kes nya..pastu i yg masa raya tu pembunuh tu kena tembak ngan utk dr bkt aman..sekiann..
ni pembunuh baru pulakkk ni kot
Quote bukanomi 18-9-2023 08:48 AM
Mcm selalu lah kes tembak2 kt machang ni
Quote sangbara2020 18-9-2023 09:17 AM
ni hukum tembak je kan klu pulis bukak kes
Quote kepompong 18-9-2023 09:20 AM
ada ye nama hutan kuin. Boleh hantar kuin kepam tinggal situ
Quote raihaneem 18-9-2023 09:26 AM
Mlm td lalu..dlm waktu magrib....kete berderet...ada roadblock betoi2 dpn tmpt kejadian..

Lalu tu mmg ramai sgt orgg dok depan kedai

Kata kat suami..pakat mai berenti mkn ka geng2 rider...tp tgk tmpt tu tkdak kedai mkn..sebelum selepas tmpt kejadian ada la kedai mkn

Masa lalu kat polis..dok suluh keta...suruh suami tnya polis.
Incik suami tkmau tnya..dia ckp..nuuuu..berderet keta kat belakang tu
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 10:18 AM

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.199539 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top