CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota JPJ Cedera Leher Dan Kepala Dirempuh Penunggang Langgar Sekatan Jalan Raya

17-9-2023 08:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17804| Komen: 35

Kuala Lumpur: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera dirempuh penunggang motosikal di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala Port Dickson.


JPJ dalam kenyataan berkata, kejadian pada 11 pagi itu berlaku apabila penunggang Yamaha Y125ZR melanggar sekatan jalan raya (SJR) dan merempuh anggota berkenaan.


TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal yang melanggar SJR di Lebuhraya Seremban-Port Dickson.


"Akibatnya anggota terbabit mengalami kecederaan di leher, kepala dan bengkak tangan serta kaki. Dia dirawat di Hospital Port Dickson dan dibenarkan pulang selepas rawatan.


"Siasatan Bahagian Penguat kuasa JPJ Negeri Sembilan mendapati penunggang motosikal berusia 25 tahun itu mempunyai dua (kesalahan) senarai hitam yang masih aktif.


"Antaranya ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh pada 18/07/2012 (di bawah) Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987; tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) di bawah Seksyen 26 (1) APJ 1987; dan sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987," menurut kenyataan JPJ, hari ini.


Susulan itu, laporan polis dibuat dan penunggang berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



"Sebagaimana sedia maklum, JPJ melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 bermula 1 hingga 30 September di seluruh negara dan objektifnya ke arah mengukuhkan pembudayaan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan keselamatan jalan raya.


"Justeru, JPJ ingin menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan Operasi Penguatkuasaan SJR," kata kenyataan.


JPJ juga menyeru orang awam untuk melaporkan aduan kesalahan lalu lintas secara terus menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel [email protected] berserta butiran lengkap aduan.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-9-2023 08:33 PM
Nape xkojol terus?
Kurang sikit hanat mcm ni atas jln.
Quote slyfynx 17-9-2023 08:51 PM
Thunderclouds replied at 17-9-2023 08:33 PM
Nape xkojol terus?
Kurang sikit hanat mcm ni atas jln.

Sapekah?
Xkn anggota JPJ lak kan. Sian die
Quote tumpanglalu74 17-9-2023 08:52 PM
Awat zaman PMX ni aku tengok lagi ramai rakyat yang mental?
Quote prettyuglybabe 17-9-2023 09:10 PM
siapa yang sokong rider tu, semoga satu hari anak bini adik beradik mak bapak kau pulak kena langgar dengan motor kosong..
masa tu kau hadap la susah payah nak buat claim segala bagai..
Quote mawardia 17-9-2023 09:18 PM
Check urine
Quote Tunan 17-9-2023 09:28 PM
Kesian ya
Buat kerja salah
Tak buat kerja salah..
Quote shernazz 17-9-2023 09:33 PM
Harap penunggang moto tu masuk lah lubang gua ke..
Menyusahkan orang
Quote cari.shaz 17-9-2023 09:37 PM
menyusahkan orang. pegawai jpj tu elok lah dakwa penunggang tu.
Quote Jitu 17-9-2023 09:42 PM
tahu pulak takut
celaka punya rider hidup menyusahkan org je
ni mesti jenis mak pak "anak sy tu baik orgnya" phuiii
Quote lanacondor 17-9-2023 09:44 PM
Ramai tu yg backup budak2 bodoh ni. Lg kutuk jpj. Undang2 Malaysia ni lembik sgt tu semua naik lemak termasuk warga asing. Laksanakan je mcm Singapore tu mati la korg semua.
Quote Thunderclouds 17-9-2023 09:55 PM
slyfynx replied at 17-9-2023 08:51 PM
Sapekah?
Xkn anggota JPJ lak kan. Sian die

Mesti la yg melanggo sis.
Kan ttonggeng tuh.
Takan nk mamposkn org jpj tu lakk
Quote Thunderclouds 17-9-2023 10:02 PM
lanacondor replied at 17-9-2023 09:44 PM
Ramai tu yg backup budak2 bodoh ni. Lg kutuk jpj. Undang2 Malaysia ni lembik sgt tu semua naik lemak ...

Undang² sedia ada ok je.
Kalo revise hukuman bg lg berat even better. (say moto kosong lggaq org sampai cacat kekal kna saman jee..sedih dak??)
Tp enforcement lemah.
Yg menjalankn tggungjwp menguatkuasa undang² tu.....(sila isi tempat kosong).
Paham² je la.
Tu pasal ramai babi leh lepas bwk moto bwk keta bwk lori bwk bas atas jln.
Quote airfilterkotor 17-9-2023 10:12 PM
Yamaha Y125z ni... harap dia takde join healing kat RXJek Member 5.0 tempohari.
Quote primarikey 17-9-2023 10:46 PM
Harap sebelum hantar balai ada yg tolong cepuk kepala mamat ni 3,4 kali...bg waras skit otak dia
Quote kakikuDibibirmu 17-9-2023 10:49 PM
shernazz replied at 17-9-2023 09:33 PM
Harap penunggang moto tu masuk lah lubang gua ke..
Menyusahkan orang

Gila kentang, asereje, leher, sakit leher



[youtube]AMT698ArSfQ[/youtube]
Quote rikiruj 17-9-2023 10:56 PM
Tu yang aku heran tu… ada orang pakai motor takde roadtax & insurans sampai 7 bulan boleh pulak kata kena sita takde budi bicara.. kalau mati sehari dua bole la budi bicara..
Quote sharlenetexas 17-9-2023 10:59 PM
Mat rempit tu cedera dan jadi kes polis halang penjawat awam melakukan tugas. Kalo masuk jel, sabun jatuh jangan ambil.

Kesian kat staf jpj tu. Berapa bulan mc agaknya.
Quote ketambangkang 18-9-2023 09:15 AM
nampak video dorg angkat peg yg cedera tu masuk dlm kete..bahaya wehhh, klu ade kecederaan leher jgn memandai angkat camtu, alihkan kedudukan pon x bole..kena tggu paramedic yg buat
Quote lopalopa 18-9-2023 12:00 PM
Mg cari pasal betol la mat rempit tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037044 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top