Jawa Timur, Indonesia: Pasangan bakal pengantin yang menjalani penggambaran 'pre-wedding' sekali gus menjadi punca kebakaran di Bukit Teletubbies, Gunung Bromo, di sini, tampil membuat permohonan maaf.
Bakal pengantin lelaki menyatakan permohonan maaf kepada individu penting iaitu Ketua Dukun Parisada Sutomo dan tiga ketua kampung yang mewakili enam kampung. "Kami dan rakan-rakan sudah tentu mewakili abang Andrie yang kini dalam tahanan polis ingin menyatakan permohonan maaf yang tidak terhingga. "Kami tujukan permohonan maaf ini kepada seluruh masyarakat adat Tengger, kepada tokoh adat Tengger, kepada tokoh masyarakat Tengger, kepada kerajaan wilayah Tengger. "Dan tidak lupa, permohonan maaf ini kami sampaikan kepada Presiden dan Wakil Presiden Republik Indonesia, kepada seluruh jajaran menteri dan kabinet.
"Dan kepada Pemerintah Provinsi Jawa Timur, kepada Pemerintah Daerah khususnya Probolinggo dan Pasuruan serta seluruh lapisan masyarakat di Indonesia," katanya. Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk menyalakan api ketika penggambaran yang dilakukan. Katanya lagi, selepas api tersebut marak, dia dan kumpulannya berusah mendapatkan air mineral yang ada di kereta untuk memadamkan kebakaran. Sumber: Gempak, Kompas
|
cmf_premierleag replied at 17-9-2023 08:21 PM
Bodoh punya indon..x pasal2 terbakor hutan khazanah negara ko
Patut la kene kecam smpi mati
Elok han ...
prettyuglybabe replied at 17-9-2023 09:14 PM
indon ada ke yang bijak
ADVERTISEMENT