Canberra: Seorang lelaki di Australia menyaman sebuah hospital Melbourne selepas didakwa membenarkan dia masuk ke bilik pembedahan yang menyebabkannya mengalami gangguan mental. Oddity Central melaporkan, pada Januari 2018, isteri Anil Koppula melahirkan bayi yang sihat melalui pembedahan di Hospital Wanita Diraja di Melbourne.
Koppula dibenarkan masuk ke bilik bedah ketika prosedur itu, dan melihat organ dan darah isterinya sehingga didakwa menyebabkan timbulnya penyakit psikotik. Selepas beberapa tahun, Koppula memfailkan saman sebanyak 1 bilion dolar Australia (kira-kira RM3 bilion) terhadap hospital itu sebagai ganti rugi psikologi. Koppula yang mewakili dirinya ketika prosiding undang-undang mendakwa hospital itu melanggar kewajipan penjagaan. Dakwanya, penyakit psikotik itu juga menjadi punca keretakan rumah tangganya. Hospital Wanita Diraja mengakui mempunyai tanggungjawab menjaga Koppula, tetapi menegaskan pihaknya tidak melanggar peraturan
Sebaliknya, pihak hospital mendakwa wanita sangat kerap dibenarkan membawa pasangan atau ahli keluarga mereka di dalam bilik dengan mereka ketika menjalani pembedahan untuk sokongan. Keluarga diberi peringatan mengenai butiran prosedur dan diminta untuk tidak mengganggunya dalam apa cara sekalipun. Koppula menjalani pemeriksaan perubatan yang menentukan tahap gangguan psikiatri dialaminya. Plaintif tidak bersetuju dengan penilaian tetapi tidak memohon untuk semakan semula penentuan. Sumber: Harian Metro
|
ipes2 replied at 18-9-2023 06:45 AM
LOL..ha ha
saya sendiri hampir pitam bila nampak blood yg keluar
also, bila sy diberi gunting utk po ...
supernaturalee replied at 18-9-2023 11:37 AM
klu dr sendiri pun rasa gitu, ini kan pulak org2 biasa, jenis twisted pny worang lagi
ipes2 replied at 19-9-2023 06:42 AM
orang itu hanya mahu jln mudah buat duit sy rasa
ha ha orang lain mungkin boleh tahan, super.
supernaturalee replied at 19-9-2023 12:02 PM
baru ni tgk kt youtube psl sorg dr. ni perform his own surgery
kenapa smpi tahap tu for sure xde ...
ipes2 replied at 21-9-2023 01:22 AM
Performed own surgery on him/her self? Tak legal tu dan associations of medical practitioners sela ...
ipes2 replied at 21-9-2023 01:22 AM
Performed own surgery on him/her self? Tak legal tu dan associations of medical practitioners sela ...
supernaturalee replied at 21-9-2023 10:17 AM
https://youtube.com/shorts/51qR6448PqI?si=Uw19-tLCJ7_r28Rt
supernaturalee replied at 21-9-2023 10:11 AM
Zaman dulu2 Dr
Probably ms ww2 mcm tu
ADVERTISEMENT