CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terima 500 Aduan Jenayah Seksual Dalam Tempoh Sehari, Caprice Tubuh NGO ‘Munafik Hunter’

17-9-2023 05:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18611| Komen: 11

Penyanyi dan aktiviti kemanusian Caprice mendedahkan menerima lebih 500 aduan berkaitan kes berkaitan jenayah seksual dalam tempoh 24 jam.

Susulan itu, Caprice atau Ariz Aziz, 33, mengambil keputusan mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) Munafik Hunter bagi membolehkan orang ramai mudah membuat aduan berkaitan jenayah seksual.



"Disebabkan Cap tiba-tiba terima lebih 500 aduan, kes atau pengalaman dalam 24 jam, pasukan kami memutuskan untuk tubuhkan NGO," katanya.

Caprice berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

NGO tersebut ditubuhkan dengan slogan demi masa depan anak kita, tiada kompromi.

Dalam pada itu, Caprice memberitahu laman web NGO itu akan mula diaktifkan pada pukul 9 malam Isnin ini bagi membolehkan orang ramai mendaftar sebagai sukarelawan atau membuat aduan.


“Insya-Allah laman web untuk anda daftar sebagai sukarelawan atau hantar aduan akan sedia pukul 9 malam esok.

"Maklumkan saya apa yang kami boleh bantu atau kembangkan NGO ini," katanya.

Sementara itu, pengikut Instagram penyanyi rap itu memberi sokongan atas usahanya menubuhkan NGO itu dan berharap akan lebih ramai pihak tampil tentang masalah jenayah seksual dihadapi mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 17-9-2023 06:48 PM
Wah! tiba2 jadi pusat aduan pelecehan seksual pulak? Dah naik martabat ke?  Yg mengadu tu betul2 yg jadi mangsa atau mereka2 jadi mangsa? Haruslah aduan dipanjangkan kpd pihak polis.  Perlu ada nama mangsa, pelakunya, tarikh, masa dan tempat serta kronologi kesah yg terjadi. Aduan paling no 1 pun dah ada kan?
Quote sharlenetexas 17-9-2023 09:07 PM
Harap heols bukan jenis munafik.

Quote buapakperut 18-9-2023 01:10 AM
kosser nak ngadu kat poyo ni.. ekaurang dah kenapa ek.dia ni sapa
Quote cantthinkofany 18-9-2023 07:37 AM
if can lead to saving babies such as mayat twins yg polis jumpa dalam lombong tu...then wa akan sokong lu hingga ke lubang cacing....
Quote cicicumel 18-9-2023 08:24 AM
I x delah sokong EL, tp nk percaya kat Mondy Indon tu? Mmg kebodohan sgt....
Quote Burong_Hantuk 18-9-2023 08:38 AM
ewwwww....better rawat penyakit mental tu dulu
Quote bukanomi 18-9-2023 08:51 AM
Kenapa kena ngadu kt dia? Utk content atau macamana
Quote KamikuP 18-9-2023 02:45 PM
Kang ngadu ko pllak kene saman mcm kes ko ngan  SM Faisal sofa merah.. ekekekeke
Quote matjerk 18-9-2023 07:12 PM
500 sehari...... betui ka ni
Quote haruslah 18-9-2023 07:17 PM
Sbb monday tu ke?
Silap monday pi adu kat kekpris ni
Patut cari yg neutral
Quote likilu 18-9-2023 07:21 PM
Ko ingat netizen nak terperdaya lagi ke dlm angan angan dunia ko topinasi?

Misi al quds tu apa update
Pastu gigih collab ngan mondy promote channel sendiri tak sikit sikit teaser nak org klik sumbangkan view kan

Wife dia tak jual coway dah la kan sekarang? Dah la kawen tiba tiba, tak mustahil nanti seven wife pun tiba tiba je muncul demi masa depan anak anak katanya ek

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.120090 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top