CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Lanjut Pelajaran Di Berlin, AC Mizal Yakin Reeve Damien Dapat Tempuh Kehidupan Di Luar Negara

17-9-2023 05:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 32348| Komen: 223

Pengacara Datuk AC Mizal memaklumkan anak lelakinya iaitu Muhammad Reeve Damien bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniaggan dan akaun di sebuah universiti di Berlin, Jerman.

AC atau Mizal Zaini, 52, berkata, sebagai bapa dia melihat pemergian Reeve ke luar negara bakal membantunya membina kehidupannya sendiri dengan menimba pelbagai pengalaman yang akan mematangkannya.


"Tidak lama lagi apabila kamu (Damien) ke luar negara untuk melanjutkan pembelajaran, saya terfikir untuk berkongsi pelajaran ini dengan kamu.

"Saya yakin bahawa pengalaman ini (belajar di luar negara) akan membantu kamu dalam hidup kerana ia juga telah membantu saya untuk menjalani kehidupan dengan penuh gembira dan bahagia," katanya.

AC berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, AC menyifatkan kehidupan merupakan satu anugerah terindah yang harus dijalani dengan baik.


Kata pelakon drama Gerak Khas ini lagi, dia telah menimba begitu banyak pelajaran dalam hidup dan mahu anak-anaknya turut merasakan pengalaman yang sama.

"Kehidupan adalah anugerah terindah dari Allah untuk kita semua. Kita perlu sentiasa hidup dalam kegembiraan dan kebahagiaan.

"Saya juga telah belajar banyak perkara dalam hidup. Apabila difikirkan semula, saya berharap ada individu yang memberitahu saya tentang kepayahan hidup ini.

"Disebabkan itu saya mahu berkongsi beberapa pengajaran buat anak saya sewaktu dia melanjutkan pelajaran di luar negara... All the best to you Damien," ujarnya.


Untuk rekod, AC mendirikan rumah tangga dengan Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Damien, 19, dan Fea Eryssa, 15.

Sebelum itu, AC bernikah dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 dan bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Pasangan itu juga mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 26, dan Muhammad Shabil Iman, 23.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joy_ah 17-9-2023 06:07 PM
harapnya takde content terkejut dengan tingkap di germany. dah mcm template for new student kena ada content tu …………….
Quote noor2 17-9-2023 06:09 PM
Teringin nk tgk muka anak dia isteri yg dulu...
Quote TerataiMelur02 17-9-2023 06:10 PM
Anak2 ac dengan ex bini dulu pun helok kan?
Quote Naneyra 17-9-2023 06:17 PM
muka macam park hae jin sikit pelakon korea tu. tak tau la sebab filter or angle yg buatkan nampak camtu
Quote whimsicalmusic 17-9-2023 06:18 PM
noor2: Teringin nk tgk muka anak dia  ...
google la kak noor. bini die molek. anak2 muka chinese. yg first rasa iras dia sgt
Quote ainonymous 17-9-2023 06:22 PM
helok gak anak dia dgn tinted ni. tak tinted sgt.
Quote fossil 17-9-2023 06:27 PM
noor2 replied at 17-9-2023 06:09 PM
Teringin nk tgk muka anak dia isteri yg dulu...

iols ada gak follow ig shafnie..anak sulong dia n AC dah berkawin dan dah dapat anak..kiranya AC dah ber cucu lah..cucu lelaki. tapi sedih kan AC tak pernah mention pun dia ada cucu....entah2 tak pergi jengok pun...both anak AC with shafnie graduated and jadi cikgu. shafnie dah lama remarried and ada seorang anak perempuan. dah besar pun.
Quote ekselen 17-9-2023 06:34 PM
fossil replied at 17-9-2023 06:27 PM
iols ada gak follow ig shafnie..anak sulong dia n AC dah berkawin dan dah dapat anak..kiranya AC d ...

Ohh ex nya dah kawin lagi? Iols ingt sheols still single mom sbb xbyk cerita psl second marriage ni... Tp kesian la kat anak2 dia yg dr bekas isteri tu sbb mcm x di highlight sgt.. Pdhal anak dia jgk tu..yg anak bini baru jek dicanang2..haihh ac ac
Quote Buritan 17-9-2023 06:38 PM
fossil replied at 17-9-2023 06:27 PM
iols ada gak follow ig shafnie..anak sulong dia n AC dah berkawin dan dah dapat anak..kiranya AC d ...

Benci betul dia dgn anak shafnie ni ekk..
Quote dakewa 17-9-2023 06:51 PM
Buritan replied at 17-9-2023 06:38 PM
Benci betul dia dgn anak shafnie ni ekk..

Konpem di dalam sudut hati dia paling dalam, mesti dia ade teringatkan anak2 dia dgn ex dulu, nak pulak dah ade cucu. Tp apekan daya datin tinted pnye penangan tak mampu buatkan si ac melawan.
Quote cm_vungtau 17-9-2023 06:56 PM
Siapa ada anak study kat Germany, boleh la ajar2 forummer kat sini. Dengar kata tuition fee free. Betul ke totally free?
Quote Purplehaz 17-9-2023 07:12 PM
Kehidupan dulu ank2 1st isteri turun naik mahkamah sekian lama mcm2 kisah, tuntut nafkah, ditinggalkan terus etc.

Skg apa pula bghn kehidupan dia dgn ank2 2nd wife.
Quote noor2 17-9-2023 07:16 PM
fossil replied at 17-9-2023 06:27 PM
iols ada gak follow ig shafnie..anak sulong dia n AC dah berkawin dan dah dapat anak..kiranya AC d ...

Oh alhamdulillah..anak2 wife pertama baik2 je hidup..
Quote noor2 17-9-2023 07:17 PM
whimsicalmusic replied at 17-9-2023 06:18 PM
google la kak noor. bini die molek. anak2 muka chinese. yg first rasa iras dia sgt

Ok ok..tq..segera kak google....
Quote doubleA 17-9-2023 07:24 PM
Dia memang acknowledge anak dia 2 org je ke. 2 org dgn shafni lupa ke, pernah kan dulu anak2 shafni terasa hati tengok pak mewah tapi deme sendiri rasa susah. Harap dibukakan hati ackiok ni pergi jalinkan silaturahim dgn anak sendiri sebelum ko kiok
Quote missHaidiD 17-9-2023 07:28 PM
noor2 replied at 17-9-2023 06:09 PM
Teringin nk tgk muka anak dia isteri yg dulu...

Syafini tu skrg sakit kanser.. Sian kan. Nasib ank da besar
Quote kakasotong2 17-9-2023 07:32 PM
Meols follow ig ex wife heols dengan anak2. Nampak senang dah kehidupan diorang anak beranak sekarang. Anak sulung cikgu sekolah international, sama jugala anak no.2 dia baru je dpt kerja cikgu sekolah international. Rasa nya sebelum ni mcm kerja rider je.  Ex wife masih under treatment. Memula ingat sheols dah cerai dgn husband baru sbb selalu post ayat2 sedih rupanya aman2 je masih berumahtangga. Happy la Shafnie anak2 hidup senang sekarang. Xlama lg nak dpt menantu baru pula lps dpt cucu baru ni.
Quote Minami2013 17-9-2023 07:34 PM
cm_vungtau replied at 17-9-2023 10:56 AM
Siapa ada anak study kat Germany, boleh la ajar2 forummer kat sini. Dengar kata tuition fee free. Be ...

Ya betul. Yuran free. Ada influencer lelaki yg kahwin dgn org german yg cantik tu byk buat content psl ni. In fact tak silap dia boleh bantu. Tp info ni i tk pasti sgt. Boleh cari tiktok dia.
Quote noor2 17-9-2023 07:36 PM
missHaidiD replied at 17-9-2023 07:28 PM
Syafini tu skrg sakit kanser.. Sian kan. Nasib ank da besar

Ohhh ye ke....kesiannya...moga dia cepat sembuh....muka dia cantik x berubah sgt bila bergambar dgn anak2nya yg dah besar...

Ada org yg i kenal yg umur 70 kanser payudara elok je hidup sekarang ni ..ingatkan dah x boleh diselamatkan sb factor umur tp lepas potong tetek, dan buat kimo dan radiotherapy...elok je sihat sekarang...nyanyuk pun tidak...dah tumbuh rambut dan naik dah badannya...

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065430 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top