CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reen Rahim Syukur Keluarga Suami Terima Diri Seadanya

17-9-2023 04:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3823| Komen: 0

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Reen Rahim meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang ibu mentua yang baik biarpun dia memiliki banyak kekurangan.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, berkata, keluarga suami bukan sahaja menerima baik kehadirannya sebagai seorang pelakon tetapi menyantuni dia kerana dirinya yang sebenar.



"Aku jahat... Mungkin ada secebis kebaikan yang Allah terima dan bagi rezeki dapat mentua dan keluarga suami yang boleh terima aku seadanya.

"Bukan sebab aku adalah Reen Rahim tetapi memang nampak mereka menerima Noreen (nama sebenar) bukan Reen Rahim, Alhamdulillah," katanya.

Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Reen berkongsi momen dia dan keluarga suaminya termasuk ibu mentua melakukan aktiviti pendakian bukit di Rawang.


Pelakon filem Sue-On itu turut merakamkan detik lucu memaparkan keadaannya yang keletihan sewaktu mendaki bukit tersebut.


Malah Reen turut memuji daya ketahanan fizikal ibu mentuanya yang disifatkan sangat aktif melakukan aktiviti lasak biarpun sudah berusia.

"Tengok mak dekat depan kita dekat belakang... Kawan-kawan ajak hiking? Tak.

"Mak mentua kita yang ajak pergi hiking," ujarnya.

Untuk rekod, Reen mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, pada 24 Disember tahun lalu di Bora Ombak Marina, Putrajaya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.105044 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top