Tindakan penyanyi Iman Troye menyarungkan cincin pada jari manisnya membuatkan ramai peminat membuat spekulasi bintang pujaan mereka itu sudah mengikat tali pertunangan. Menjelaskan kekeliruan itu, Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, menafikan dakwaan itu malah memberitahu hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.
"Korang (peminat) belum lagi (bertunang)... saya masih single. "Tak ada orang berminat nak masuk meminang setakat ini. Calon pun belum ada lagi ni," katanya. Iman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Penyanyi lagu Nang itu menjawab persoalan peminat menerusi sesi soal jawab terbuka bersama pengikut di media sosial. Dalam pada itu, Iman turut memberitahu sekiranya dia sudah bertunang, dirinya akan memaklumkan berita gembira itu kepada umum.
|
ADVERTISEMENT