Meskipun sudah bercerai pada 2 Ogos lalu, namun konflik antara penyanyi terkenal 80-an, Datuk ND Lala dan bekas isteri, Fauziah Sarman masih berlarutan hingga ke hari ini. Seakan berlaku perang di media sosial apabila ND Lala dan Fauziah dilihat saling berbalas hantaran di Instagram masing-masing bagi membuktikan siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Terbaharu, Fauziah dalam satu coretan panjang lebar yang dimuat naik di Instagram miliknya berkata, masih ada beberapa hal yang perlu dia jelaskan berhubung konflik yang berlaku. Sementara itu, Fauziah turut mendedahkan dia nekad untuk bercerai dengan bekas suaminya pada Jun lalu.
Namun demi permintaan anak sulungnya, Shila Amzah, dia terpaksa menangguhkan niatnya sehingga hari pernikahan penyanyi tersebut pada 5 Ogos lalu. Selain itu, Fauziah turut mencabar bekas suaminya untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya bersama isteri baharu. Dalam hantaran yang sama, Fauziah turut mendakwa bekas suaminya sudah bertahun tidak bekerja dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Fauziah mahu bekas suaminya sedar bahawa sumber kewangan dan kesenangan yang dinikmati selama ini adalah hasil titik peluh anak sulung mereka iaitu penyanyi Shila Amzah. Fauziah juga mendakwa bekas suaminya itu banyak menghabiskan masa dengan bermain golf bersama isteri baharunya, Siti Munirah. Sementara itu, ibu kepada empat cahaya itu berkata, dia tiada niat untuk untuk mengaibkan mana-mana pihak. Namun percaya kebenaran akan terbukti apabila tiba masanya. Sumber: Oh Bulan, IG Fauziah Sarman
|
menjad replied at 17-9-2023 11:49 AM
Udah ler tu kak. Move on. Jdoh da tamat. Masa tuk diri sendiri pulak. Lupakan lah lalat tak guna tuh ...
rainbowrainz replied at 17-9-2023 12:18 PM
Adakah ini doa teraniaya din wahab...iols tanya je...kadang bila kita aniaya org Allah x balas lagi ...
newyork replied at 17-9-2023 04:22 AM
Kenapa dgn din wahab? Terlepas ketapi plak bab ni..
ADVERTISEMENT