CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Guru Bunuh Isteri Untuk Bersama Pelajar Kena Hukuman Tambahan

16-9-2023 01:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3398| Komen: 0

Sydney: Bekas guru yang membunuh isterinya untuk hidup bersama pelajarnya dikenakan hukuman penjara tambahan kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.

Chris Dawson, 75, ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 24 tahun kerana membunuh isteri, Lynnette yang mayatnya hingga kini tidak ditemui.


Hakim Sarah Hugget menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh, semalam atas tuduhan melakukan hubungan seksual terhadap gadis yang dalam pengetahuannya berumur atas 10 tahun dan di bawah 17 tahun pada 1980.

POLIS New South Wales melakukan siasatan di rumah lama Dawson di Bayview pada 2018, susulan kehilangan Lynette.

Hugget berkata, hukuman itu dikenakan tanpa parol selama dua tahun, yang bermaksud Dawson terpaksa menjalani tambahan tempoh penjara setahun sebelum layak memohon parol pada Ogos 2041.

Mahkamah diberitahu, Dawson yang berusia 32 tahun ketika kejadian, adalah guru yang aktif mendekati pelajar perempuan itu dan kerap memujinya.


Hugget berkata, Dawson tidak menggunakan ayat atau tingkah laku mengancam untuk 'mendapatkan persetujuan dan mendiamkan mangsa' tetapi terdapat 'unsur manipulasi dan eksploitasi.'

"Dawson tahu gadis itu menghadapi masalah di rumah dan memberitahu mangsa, apa yang dia lakukan adalah sesuatu yang mangsa perlukan dan/ atau ia membantunya.

"Kesalahan dilakukan pada malam Jumaat atau Sabtu apabila tertuduh membawa mangsa ke rumah ibu bapanya dan memberitahu tiada sesiapa di rumah itu," katanya.

Mahkamah juga dimaklum yang Dawson dan gadis itu terbabit hubungan seksual sah menerusi perkahwinan selepas gadis itu berumur 17 tahun serta mempunyai seorang anak.

Hubungan mereka berterusan meskipun spekulasi hangat timbul mengenai keberadaan Lynette yang didakwa Dawson keluar dari rumah ketika anak mereka berusia dua dan empat tahun.

Polis melakukan pencarian dan siasatan menyeluruh berhubung kehilangan Lynette, termasuk menggali belakang rumah pasangan itu di utara Sydney pada 2018, namun tidak menemui jejak.

Dawson pula terus mempamer rasa tidak bersalah meskipun selepas mahkamah pada 2022 mensabitkan kesalahan ke atasnya kerana membunuh Lynette sekitar 1982.

Ketika perbicaraan, beberapa saksi mendakwa pernah melihat Lynette pada tahun-tahun selepas itu, namun Hakim Ian Harrison menolaknya sebagai palsu atau tersilap.

Harrison berkata, walaupun keputusan itu tidak disokong bukti langsung, beliau berpuas hati dengan hujahan yang Dawson tergila-gilakan pelajarnya hingga tidak melihat cara lain untuk mereka bersama, selain membunuh isterinya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.121451 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top