CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Didakwa Pukul Murid 9 Tahun Guna Pembaris Logam Hingga Tengkorak Retak

16-9-2023 12:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3282| Komen: 1

Hunan, China: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikejarkan ke hospital dengan keadaan tengkorak retak selepas seorang guru didakwa memukul kepalanya menggunakan pembaris logam.

Dilaporkan, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, tengah China, pada 6 September lalu.

Murid yang didakwa dipukul menjalani pembedahan. -Gambar Baidu

Ketika kejadian, guru terbabit didakwa menggunakan pembaris logam berskala segi tiga untuk memukul kepala mangsa.

Tindakan itu menyebabkan luka sedalam 5 sentimeter sehingga tengkorak mangsa retak.

"Otaknya hampir terkeluar. Ia boleh membawa maut," kata ibu saudara mangsa kepada Jiupai News.

Susulan insiden itu, guru berkenaan telah ditahan polis.

Motif serangan seperti yang didakwa bagaimanapun tidak dinyatakan.


Menurut laporan South China Morning Post, pemeriksaan mendedahkan bahawa tengkorak gadis itu retak dan terdapat serpihan tulang di kepalanya dan memerlukan pembedahan segera.

Dilaporkan, pembedahan mengambil masa lima jam untuk mengeluarkan serpihan itu.

Bapa kanak-kanak perempuan itu berkata dia masih dalam rawatan rapi.

Pihak sekolah berkata, mereka akan bekerjasama dalam siasatan polis. 


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031139 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top