CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Mahu Osama Dan Zaki Teruskan Konsep Duo

16-9-2023 11:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2503| Komen: 0

Datuk Jamal Abdillah, 63, sering menasihatkan anak-anaknya, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17, supaya tidak terjebak dengan perkara negatif.

Jamal berkata, sebagai penyanyi dan anak selebriti, mereka perlu menjaga diri dan perbuatan pada setiap masa dan di mana saja.



"Saya baru nasihatkan Osama. Dia kan banyak peminat perempuan. Saya nasihatkan dia, kamu ada nama dan bapa kamu pun seorang penyanyi terkenal.

"Kalau kamu buat perkara misalnya yang tidak elok dengan wanita. Ia akan cepat meletup dan tersebar dalam kalangan masyarakat. Jadi jaga-jaga dan hati-hatilah.

"Mengenai Zaki pula, buat masa ini saya nasihatkan agar fokus pada pelajaran betul-betul. Saya tak bimbang kerana dia selalu cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Jamal berkata, dia gembira walaupun Zaki belajar di rumah, tetap mencatat kejayaan cemerlang.

"Mungkin kerana ibunya boleh bimbing dia. Osama pula sekarang belajar di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Sepatutnya dia habis belajar tahun ini tapi kerana banyak show, dia kena tangguh lagi.


"Dia kena habiskan dan kalau boleh saya nak dia pergi lebih tinggi. Dia harus jadi seorang penyanyi macam Gary Moore.

"Penyanyi itu boleh bermain muzik, menyanyi dan boleh bertindak sebagai konduktor orkestra. Individu seperti itu belum ada di Malaysia. Itu saja cara untuk dia tonjolkan diri," katanya.


Jamal berkata, sejak dulu lagi dia menyarankan kepada kedua-dua anaknya agar terus bergabung sebagai duo dalam persembahan.

"Kalau Osama teruskan menyanyi solo, orang akan ingat saya. Zaki pun sama, kalau menyanyi betul, sebiji macam Jamal Abdillah. Jadi susahlah juga benda ini.

"Mereka kena teruskan konsep duo itu. Mereka boleh buat persembahan cara budak-budak zaman sekarang dengan tarian dan sebagainya. Kenapa tak teruskan?.

"Diakui Osama ada tawaran menyanyi banyak di luar tapi dia kena gilap lagi. Belajar dan belajar lagi macam mana boleh bertahan dan kekal diminati. Macam mana nak berinteraksi dengan peminat agar tidak janggal. Peminat akan sayang sampai bila-bila. Macam mana caranya, jadi kenalah belajar," katanya.

Pada 6 Februari lalu, Osama dan Zaki mencipta kejutan apabila diumumkan juara musim kedua Famili Duo yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral,

Mereka membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.174053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top