CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Sekeluarga Sumbang Van Jenazah Percuma Hasil Jualan Tiara Candy

16-9-2023 10:02 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5295| Komen: 18

Pelawak, Achey menyumbangkan sebuah kereta jenis MPV yang dijadikan sebagai van jenazah untuk kegunaan ramai secara percuma.

Menerusi perkongsian di Instagram, sumbangan tersebut adalah daripada pencapaian anaknya, Nur Tiara Zinnirah menjual gula-gula di TikTok.



"Ini adalah achievement daripada seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir Bte Abd Haq ataupun dikenali sebagai Tiara. 

"Alhamdulillah ini adalah achievement daripada korang support Tiara Candy untuk saya dan semua merasa hasilnya. Inilah dia.

"Sebuah MPV yang untuk Tiara ataupun untuk kita," kata Achey.

Dalam pada itu, Achey turut memohon maaf andai sumbangan yang diberikan itu kurang memuaskan mana-mana pihak kerana dia mengharapkan ia dapat membantu memudahkan urusan orang lain.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan mereka menyediakan set kain kafan percuma untuk keluarga yang kurang berkemampuan.


"Sebuah van jenazah percuma yang anda juga telah menyumbang. Maaf sekiranya van jenazah ini kurang memuaskan, yang diharapkan dapat memudahkan kerana ia percuma.

"Kepada waris yang kurang berkemampuan kami sediakan juga set kain kafan percuma," kongsinya.


Walaupun membeli MPV terpakai namun dia percaya kenderaan tersebut masih mampu untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

"Untuk cover perjalanan yang dekat Insya-Allah. Doakan kami dapat keluarkan van jenazah percuma lagi di kawasan yang memerlukan.

"Walaupun second hand, kami percaya ia membantu. Peti mayat belum siap, jadi belum boleh operasi lagi. Insya-Allah kami cuba secepat mungkin," jelas Achey.


Sumber: Xtra


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 17-9-2023 12:01 AM
Murah rezeki dia bela anak angkat.. Semoga Allah pegang hati mereka supaya xsombong bila kaya nt
Quote virgocircus 17-9-2023 06:00 AM
Wow bagusnya ajar anak utk berbakti Dan bersedekah mcm ni. Tahniah achey n tiara!
Quote mrseller 17-9-2023 02:26 PM
Naza ria kalau x silap mata aku? Is it?
Quote Kangkung1M 17-9-2023 02:53 PM
Edited by Kangkung1M at 17-9-2023 03:03 AM
mrseller replied at 17-9-2023 02:26 AM
Naza ria kalau x silap mata aku? Is it?

Ha'ah Naza Ria. Kereta ni banyak masalah kat kotak gear, nak repair makan modal puluh ribu. Kereta ni offer free pon takde orang nak. Bahaya dan akan menyusahkan waris si mati sebab MPV ni mudah rosak.

[TikTok]7278984786041933063[/TikTok]
Baca kat ruangan komentar, ramai nak beli lebih banyak jajan Achey jual lepas ni, nak bagi anak2 mereka makan agaknya.

[TikTok]7275651658787458306[/TikTok]
Quote slyfynx 17-9-2023 03:48 PM
Nape yang beli gula2 ni x gi sendiri je kat kedai 2 ringgit eh
Quote mrseller 17-9-2023 04:41 PM
Kangkung1M replied at 17-9-2023 02:53 PM
Ha'ah Naza Ria. Kereta ni banyak masalah kat kotak gear, nak repair makan modal puluh ribu. Kereta  ...

Excatly my point, teruk mat nak maintain naza ria buat van jenazah, lepas tu rosak sekali kena beribu igt org nak repair ke? Last2 tersadai, sekadar konten sementara
Quote Kangkung1M 17-9-2023 09:13 PM
Edited by Kangkung1M at 17-9-2023 09:18 AM
mrseller replied at 17-9-2023 04:41 AM
Excatly my point, teruk mat nak maintain naza ria buat van jenazah, lepas tu rosak sekali kena ber ...
Last2 tersadai, sekadar konten sementara

Memang aniaya orang guna Naza Ria ni sebagai kereta jenazah. Bayangkan kalau guna utk perjalanan jauh beratus kilometer, lepas tu rosak dan kena sidai tepi jalan, kan dah menyusahkan. Tak pasal2 waris si mati kena tanggung kos kerosakan. Nak repair MPV ni beribu kosnya.

Tak baik tau demi konten dan nak naikkan angka jualan jajan, ko buat aniaya orang macam ni.

Bengkel kereta bawah ni setiap hari ada je Naza Ria rosak datang repair, semuanya datang dengan lori tunda.

[Fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02o4HJ7HV5wToVK62YNxPhi3ecdb6YCPQ5CrYeE88Ui1v7xHestzKBbyGur4mWAYXml&id=100053556288623&sfnsn=mo&mibextid=RU[/Fbp]
Quote prince_marhaen 18-9-2023 10:12 AM
demi kontent jual jajan kedai eco.... keluar dulu modal 4-5 ribu beli mpv buh sticker jenazah ehehehehehehe
Quote cikatilia 18-9-2023 10:14 AM
Kangkung1M replied at 17-9-2023 09:13 PM
Memang aniaya orang guna Naza Ria ni sebagai kereta jenazah. Bayangkan kalau guna utk perjalanan j ...

naza ria ni ada ke keluaran baru??
gila ar mana ada org pakai dah
Quote ira_sindarella 18-9-2023 10:19 AM
prince_marhaen replied at 18-9-2023 10:12 AM
demi kontent jual jajan kedai eco.... keluar dulu modal 4-5 ribu beli mpv buh sticker jenazah eheheh ...

Nak tanya.. apsal ek, retis suka buat sumbangan utk van jenazah?

Kalau tak silap, si atue zero pun, projek jenazah jugak. Pastu uncle kentang, dia tapau van jenazah dan ambulan...

Apa rasional buat projek van jenazah ek?

Just perasaan ingin tahu.
Quote prince_marhaen 18-9-2023 10:25 AM
ira_sindarella replied at 18-9-2023 10:19 AM
Nak tanya.. apsal ek, retis suka buat sumbangan utk van jenazah?

Kalau tak silap, si atue zero pu ...

sebab jenazah jarang komplen... ahahahahahahahahaha

mungkin nampak suci menjaga fardhu kifayah pengakhiran seseorang tu.... kira macam " FULLLLLL STOPPPPP!!! AKU JAGA PENGAKHIRAN SI MATI....STOPPP JUDGING ME...!!" gituuuuu~~~

nampak la suci kannnn...walaupun cuci cuci dobi dobi..


Quote likilu 18-9-2023 10:38 AM
Anak angkat dia ambik dari almy nadia ke? Sama kan

Ok la sama sama retis senang nak jumpa adik beradik tak rasa terpisah
Quote Kangkung1M 18-9-2023 12:39 PM
Edited by Kangkung1M at 18-9-2023 12:44 AM
cikatilia replied at 17-9-2023 10:14 PM
naza ria ni ada ke keluaran baru??
gila ar mana ada org pakai dah

Takde keluaran terkini, last 2010.

Memang jarang nak nampak kereta jenama Naza seperti Ria, Sutera, Citra, Bestari, Forte & Sorento di atas jalan raya sebab serba serbi pasal jenama ni teruk, kualiti kenderaan, mutu khidmat lepas jualan,  customer service, semuanya teruk. Spare part plak mahal.

Bawah ni ada video review Naza Ria. Orang ni baru beli dengan harga RM4500.

[TikTok]7069738783289199899[/TikTok]
Quote kotakominami 18-9-2023 12:48 PM
mrseller replied at 17-9-2023 04:41 PM
Excatly my point, teruk mat nak maintain naza ria buat van jenazah, lepas tu rosak sekali kena ber ...


Betul...lg baik duit tu guna untuk maintenance van yg sedia ade buat beli bateri,servis, minyak dll...bg je kt masjid pandailah diorang uruskan. Cuma tak dpt nk tampal stiker lah.
Quote Kangkung1M 18-9-2023 03:28 PM
Edited by Kangkung1M at 18-9-2023 04:43 AM
kotakominami replied at 18-9-2023 12:48 AM
Betul...lg baik duit tu guna untuk maintenance van yg sedia ade buat beli bateri,servis, minyak dl ...
Cuma tak dpt nk tampal stiker lah.

Nasib baik Achey hanya tampal stiker tulisan, kalau dia tampal stiker muka dia, lagi naya.

[TikTok]7092286380075666714[/TikTok]
Quote dua_chzy 18-9-2023 09:16 PM
slyfynx replied at 17-9-2023 07:48 AM
Nape yang beli gula2 ni x gi sendiri je kat kedai 2 ringgit eh

Sebab bodoh plus pemalas nak mampus kot.
Quote silampumeja 18-9-2023 09:25 PM
ira_sindarella replied at 18-9-2023 02:19 AM
Nak tanya.. apsal ek, retis suka buat sumbangan utk van jenazah?

Kalau tak silap, si atue zero pu ...

Hafiz mohamad pun van jenazah kat kampungny
Quote mrseller 19-9-2023 01:07 PM
ira_sindarella replied at 18-9-2023 10:19 AM
Nak tanya.. apsal ek, retis suka buat sumbangan utk van jenazah?

Kalau tak silap, si atue zero pu ...

Sumbangan rumah anak yatim dah mainstream nyahh kita try bisnes cepatkan ke alam kubur plak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.100751 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top