Mencampurkan simen ke dalam air minumannya untuk diminum. Itu tabiat pelik seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia yang sering makan dan minum air simen ketika bekerja. Semasa bekerja, Haris Daeng Ngalle yang merupakan penduduk daerah Pattallassang juga akan mencampurkan buah-buahan yang disediakan di tempat kerjanya dengan simen sebelum ia dimakan.
Haris melakukan tabiat pelik itu sejak tiga tahun lalu dan amalan itu tidak menyebabkan dia sakit atau mengalami masalah penghadaman. Menurut Haris, kali pertama dia makan simen adalah ketika terperangkap di dalam gudang yang penuh dengan habuk dan simen. Sejak itu, Haris seronok menghidu habuk dan cuba makan simen di gudang. “Rasa simen memang sedap, sampai sekarang saya ketagih,” kata Haris.
Sehingga kini, Haris masih sihat dan terus bekerja di sebuah kedai bahan binaan di Daerah Pattallassang, Kabupaten Takalar. Sumber: KOSMO! Online
|
shernazz replied at 15-9-2023 07:06 PM
Pelik2 je..
Nasib tak posing depan volkswagen
Skuau replied at 15-9-2023 07:41 PM
aku TERimaginasi...kalo nk buat rmh ke apa..dia mkn simen tu..pastu susun bata..berak kat bata tu... ...
tikusmontok replied at 15-9-2023 10:19 PM
Sambil pegang sechawan kopi
FlexyFox replied at 15-9-2023 09:33 PM
Sure badan dia kurang sesuatu mineral. Pergila jumpa doctor buat blood test. Dulu masa I kecil ada s ...
dua_chzy replied at 16-9-2023 11:57 AM
Yang hairan kan,
orang2 yang hidup reckless gini tak pula mati awal.
ADVERTISEMENT