Wanita dipercayai ibu kepada mangsa dera yang tular baru-baru ini tampil merayu agar video anaknya diturunkan dari media sosial. Serina Senayan menerusi hantaran di Facebook berkata, keputusan tersebut dibuat demi kebaikan masa depan anaknya itu.
“Atas perbincangan dengan keluarga besar kedua belah pihak, demi masa depan Waldan, saya mohon untuk turunkan video dan gambar berkaitan anak saya. “Kami kena fikir untuk jangka masa panjang. Jejak digital sukar untuk dihapus dan mungkin akan memberi kesan kepada Waldan yang sedang membesar. Selain itu, Serina turut berterima kasih kepada orang ramai yang turut bersimpati dengan nasib malang yang telah menimp keluarganya. Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mendakwa telah menjadi mangsa penderaan ibu bapanya sendiri selain diberi makan nasi putih berlauk cili, garam dan lada hitam.
Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam setelah berjaya melarikan diri dari rumah keluarganya di Jempol pada Selasa lalu. Sumber: KOSMO! ONLINE |
tukul replied at 15-9-2023 06:44 PM
Mentalnya mak dera anak....
tikusmontok replied at 15-9-2023 10:13 PM
Mak tiri bawang merah..ko ghase?
ADVERTISEMENT