CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Bas Pergi Sekolah Tapi Tak Masuk Sekolah, Remaja 15 Tahun Dah 3 Hari Hilang

15-9-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5742| Komen: 27

HULU LANGAT – Polis sedang mengesan pelajar perempuan, Nur Shafina Maisarah Abdullah, 15, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja berkenaan daripada ibunya yang berusia 34 tahun pukul 10.40 pagi.


Foto: Kosmo


Menurut beliau, suri rumah itu mendapati anaknya yang menaiki bas ke sekolah masih belum pulang dan gagal dihubungi.

“Pengadu menghubungi guru kelas, namun guru menyatakan dia tidak hadir sekolah. Siasatan polis mendapati kali terakhir dia dilihat oleh ibunya pada pukul 6.15 pagi Rabu ketika keluar rumah menaiki bas Rapid untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan sekolah.

“Seterusnya, saksi lain yang juga rakan sekolah ada melihat Shafina Maisarah turun dari bas sekolah, namun tidak memasuki kawasan sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Difahamkan, remaja itu tidak mempunyai apa-apa masalah dengan keluarga sebelum ini di rumah.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP) / Orang Hilang (OH).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohamad Najib Mohd di talian 012-3429297 bagi membantu siasatan,” tambahnya.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-9-2023 05:41 PM
Hilang betul2 hilang atau hilang follow bf?

Quote tumpanglalu74 15-9-2023 05:42 PM
Tak mekap pon dah comey..  Alahai sayang la siked cipuff tu nakk oii.  Simpan siked untok somi..
Quote hareeeesah 15-9-2023 06:31 PM
Mostly akan ada statement sekian sekian xde masalah dgn keluarga… aku hantar ank aku skola hari-hari akan perasan sorg bdk pempuan ni x on the fon, dok texting smbil jln pg skolah. Mmg bole bwk fon ke pg skolah menengah skrg?
Quote gigahertz 15-9-2023 07:59 PM
hareeeesah replied at 15-9-2023 10:31 AM
Mostly akan ada statement sekian sekian xde masalah dgn keluarga… aku hantar ank aku skola hari-har ...

zaman i nokia 3310 pun i dah bawak ke sekolah.
waktu nak balik ada perhimpunan time tu paling menggelabah
takut ada spot check
Quote gigahertz 15-9-2023 08:00 PM
sharlenetexas replied at 15-9-2023 09:41 AM
Hilang betul2 hilang atau hilang follow bf?

Rasanya mesti dia ada percubaaan nak keluar sebelum ni
tapi keluarga tak bagi. kalau zaman i dulu kalau rasa
nak lepak cc main red alert dengan kawan i tipu je mak i
cakap ada tuisyen. kalau zaman sekarang tak boleh
sebab ada whatsapp group.
Quote Skuau 15-9-2023 08:15 PM
Edited by Skuau at 15-9-2023 08:16 PM

asyik jer bebudak pompuan la ni....
Quote brego 15-9-2023 10:57 PM
hilang sebab nak healing jugok ker?
Quote lanacondor 15-9-2023 11:01 PM
Aduhai jgn kne pulau ke kne kidnap ke.. pulang la dik..
Quote Purplehaz 15-9-2023 11:17 PM
Semoga pulang dgn selamat.
Quote hareeeesah 15-9-2023 11:27 PM
gigahertz replied at 15-9-2023 07:59 PM
zaman i nokia 3310 pun i dah bawak ke sekolah.
waktu nak balik ada perhimpunan time tu paling meng ...

Zmn i pun bwk nokia, plg up la sapa ada nokia colour rose gold tu. Time spot check bg kat gang pengawas dorg masuk poket tenang-tenang je hehheh..
tp fon bdk skrg smart fon saje
Quote edayildiz 15-9-2023 11:36 PM
comel jgk bdk ni..mudanyaa mak dia
ikot bf ke kena culik
i pernah lari tp p rumah makcik je

Quote kelapaparut 16-9-2023 07:31 AM
pecah dara la ko dik, confirm..
Quote liyamariska 16-9-2023 07:31 AM
kesian kt parent dan famili budak pompuan nih...
Quote gideoncross 17-9-2023 12:54 AM
edayildiz replied at 15-9-2023 11:36 PM
comel jgk bdk ni..mudanyaa mak dia
ikot bf ke kena culik
i pernah lari tp p rumah makcik je

Mak budak ni 2 tahun lgi tua dri iol.
Quote Insomniacs 17-9-2023 07:49 AM
Balik la dik.. dunia ni keras.. Seronok kejap je tu..
Quote eely_shana 17-9-2023 11:19 AM
Nampak muka matang
Quote edayildiz 17-9-2023 02:48 PM
gideoncross replied at 17-9-2023 12:54 AM
Mak budak ni 2 tahun lgi tua dri iol.

kawen muda kot kn hakak ni
Quote syamzana 17-9-2023 03:11 PM
hareeeesah replied at 15-9-2023 06:31 PM
Mostly akan ada statement sekian sekian xde masalah dgn keluarga… aku hantar ank aku skola hari-har ...

tak boleh...sek anak i la. kalau ada apa2 cikgu call or pegi je la pejabat minta kebenaran call parents.

eh mak bdk ni umur 19thn dah branak la kan? nikoh lepas spm ke apa?
balik la anak...kesian makayah kat rumah tu risau.
baya2 anak iols je ni. risau sgguh la bdk skrg ni sikit2 lari rumah tak faham apa yg best sgt kat luar rumah tu. dok rumah serba serbi parents sediakan.
hrpnya bkn kene culik la
Quote wirazam 18-9-2023 12:26 AM
Dah jumpa belum ni...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.145302 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top