Gelagat Datin Intan Najuwa, 26, memasak untuk suaminya sekali lagi menjadi bualan ramai. Dalam rakaman yang dimuat naik, Intan dilihat menyediakan masakan ayam kicap buat suami tercinta iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.
"Lelaki memang macam ini ek, kita dah tepek topeng tidur dekat muka tiba-tiba minta ayam masak kicap pukul 12 malam," luahnya. Intan sekali lagi mempamerkan kelincahannya menyiapkan lauk tersebut. Lebih menarik perhatian apabila, Intan turut menghidangkan makanan tersebut selain menyediakan air minuman buat suaminya. Di ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman hampir sama dengan Intan apabila mengakui suami mereka sentiasa lapar apabila menjelang waktu malam.
Bukan itu sahaja Intan juga berbalas komen dengan peminatnya dan bertukar resepi. "Bebel dekat kapsyen pun masih masak ayam kicap, kalau aku tak mi segera, telur. "Orang lelaki memang tak tengok jam kalau minta makan. Tak apa Intan kita bagi suami kita gemuk.
|
annehuda replied at 15-9-2023 05:13 PM
laki ko masa bujang umur 30an pun dah nampak kertu dik. baik ko jaga skit diet laki ko tu. ke mmg a ...
ADVERTISEMENT