Nur Sajat kembali mencuri perhatian ramai selepas memberi reaksi terhadap satu hantaran yang dimuat naik di platform X mengenai dirinya. Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menasihati warga Malaysia yang beragama Islam untuk tidak menjadi ‘enabler’ kepada golongn LGBT dengan mempromosikan video-video milik Sajat.
“Malaysian Muslim, sudah-sudahlah jadi enabler kepada golongan LGBT dengan mempromosikan video-video Sajat walau terhibur sekalipun. Sajat ni terlalu banyak dah menghina agama Islam. Sedar ke tak? Paling hina pergi umrah berpakaian wanita. “Bila rakyat Perancis hina Islam, bukan main lagi bersoladiriti. Tapi bila Sajat hina Islam, boleh buat pekak dan siap RT lagi sebab terhibur. Allahu Musta'an,” katanya. Susulan daripada teguran berkenaan, Sajat mempertahankankan dirinya dengan menulis: “Aku tak pernah hina Islam, korang yang suka menghukum Sajat dengan mempergunakan Islam. “Apa yang awak tulis ini, saya harap keturunan awak tak menjadi macam saya. Cakap jangan selalu pandang di atas, takut nanti awak di bawah tersadung kaki bila berjalan. Amin,” tulisnya. Terdahulu, Sajat mencetuskan kontroversi apabila mengerjakan umrah dengan berpenampilan wanita. -CARI
|
Kentot_Wangi replied at 15-9-2023 06:03 PM
Hmmm... Dy rela hidup begini daripada hidup dekat dgn mak ayah, anak2, adik bradik yg lain... Jat ja ...
JunkMail replied at 15-9-2023 06:09 PM
Sifat lelaki memang macam tu kaka... alang alang menyelok pekasam kekdahnyaaa..biar sampai ketibus ...
Bergosip replied at 15-9-2023 04:12 PM
betul lah komen budak twitter/X tu. salah satu penghinaan yang S buat ialah buat umrah sebagai seora ...
ketambangkang replied at 17-9-2023 12:41 PM
so maknanya mak bpk sajat dulu pernah hina pondan jgk ke
FlexyFox replied at 15-9-2023 07:25 PM
Dia tulis,"saya harap keturunan awak tak menjadi macam saya." Yg dia maksudkan yg mana? Yg dia diuji ...
Bergosip replied at 15-9-2023 04:12 PM
betul lah komen budak twitter/X tu. salah satu penghinaan yang S buat ialah buat umrah sebagai seora ...
sharlenetexas replied at 17-9-2023 01:22 PM
Bangjat harap keturunan akak tu tak jadi pemohon suaka mcm dia lah kot.
ADVERTISEMENT