CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nourul Depp Berang Difitnah Cop Ayu Nazirah Anak Derhaka

15-9-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4688| Komen: 24

Nourul Depp berang apabila segelintir peniaga online sengaja memanipulasikan isu perang dinginnya bersama anak sulung, Ayu Nazirah sebagai tarikan melariskan jualan.

Katanya terdapat segelintir pihak menggunakan kenyataan bekas suaminya, Ajai, sehingga mencetuskan spekulasi lain.


Ajai memberi penjelasan yang baik dan mudah difahami semua pihak, namun ada peniaga online mencipta berita menamakan Ayu sebagai anak derhaka untuk bahan promosi.

Foto: Kosmo

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, juga tidak faham dengan sikap kebanyakan peniaga online yang suka mengambil kesempatan atas isu yang tidak diketahui hujung pangkal.

“Mana ada dia (Ajai) sebut kami kata anak derhaka.  Shoppee affilliate ni yang derhaka ni. Saya tak fahamlah suka ambil peniaga affiliate atau orang tengah macam ini yang suka ambil kesempatan dengan cerita entah apa-apa,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.


Dalam hantaran sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut meluahkan perasaan geram sehingga secara berseloroh mahu menampar muka si penyebar fitnah.



“Apa akaun IG Shoppee Malaysia? Geram betui la kami. Tampaq, bisu! Inginku maki, tapi nanti orang kata apa pula,” katanya.

Enggan membiarkan orang ramai terus percayakan spekulasi liar, Nourul memohon jangan lagi salah faham terhadap hantaran yang dimuatnaik mengenang pengalaman melahirkan anak sulungnya itu 25 tahun lalu.

Katanya lagi, semua itu hanya luahan hati seorang ibu yang bukan bermakna menunjukkan mereka bergaduh besar atau bermasam muka.



“Terima kasih kerana berjalan dalam kasut saya. Terima kasih kerana ada dalam kepada dan hati saya dan amat memahami 100 peratus apa yang saya lalui.

“Spekulasi itu boleh jadi penghasut. Pergi baca wasiat Rasullullah SAW kepada Saidina Ali AS tentang penghasutan, tentang mengumpat dan fitnah.


Memang kami kongsi, hanya luahan dari hati manusia yang tidak sempurna,” luah penyanyi Kerana Terluka itu dalam hantaran lain.

Dalam pada itu, Nourul memuat naik gambar bersama Ayu selain memuji sikap prihatin puteri sulungnya, sekaligus menepis spekulasi mereka sedang berseteru.

“Kami (saya) sakit dia jaga, kami masuk hospital buat hysterectomy, dia jaga. Tidur di hospital. Dia anak yang baik,” tambahnya.



Terdahulu, perkongsian Nourul tentang pengalaman melahirkan Aya mengundang pelbagai reaksi berikutan kenyataan dirinya telah ‘mati’ semasa membesarkan gadisnya itu.

Ayu adalah zuriat tunggalnya hasil perkahwinannya bersama komposer terkenal Ajai, namun mereka berpisah pada 2007.

Lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp dan diserikan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-9-2023 04:07 PM
WOiiii sundalll..... kau yang post yang bukan2, pastu nak merentan ye....hanjengggg ehhh
Quote lanacondor 15-9-2023 04:10 PM
Aku harap ni bkn usaha ikut trend bbnu bt bnd2 bodoh utk up kan nama
Quote IvyGorgon 15-9-2023 04:22 PM
Hidup tunggang langgang, tanya diri sendiri knp hidup serba serbi  tak kena lah mami. Huh kepam sheols ni, mulut pun boleh tahan berapi. Iols suka ajai komen tu, neutral and matured.
Quote asfaz 15-9-2023 04:44 PM
Oiittt makcittt...kau masa sekolah bm dpt gred9 ke?
Sendiri tulis sendiri tak paham. Kau sendiri yg gigih reply anak kau tgl 3 aje. Tak terima tak redha bagai.

IMG-20230915-WA0002.jpg
Quote kaoru44 15-9-2023 05:03 PM
dh byk kali retis2 ni..sendiri up pelik2..lps tu org dh ckp mcm2..hujung2 kata org buat fitnah..
Quote solarlunar 15-9-2023 11:05 PM
Konflik diri sungguh die ni.
Quote AyeL87 15-9-2023 11:12 PM
x abeh lg ka psl mangkok ayun ni
Quote Purplehaz 15-9-2023 11:16 PM
Anak beranak so kesiannnn..
dh berumur pun life x tenang.
Quote alieyrina 15-9-2023 11:49 PM
Tak bleh brain aku anak beranak gaduh sampai x mengaku mak/ bapak /anak ni bleh cakap gaduh biasa ? Kata2 tu doa kut
Quote kotakominami 15-9-2023 11:55 PM
Dia ni patut takyah ade socmed...dah tua hidup je la tenang2.... jgn buat org menyampah
Quote Atata 16-9-2023 01:09 AM
Mak apa baling barang kat anak?! Even dah marah sgt kenapa kau nak baling2 barang pulak? Nampak bethol kau mak toxic sejenis takleh anak bangkang sikit terus tantrum. Bodoh. Sejenis tak pandai kawal diri. Memalukan! Kat karangan dia tu macam2 red flag lah nampak. Dia boleh cakap dia nak garang sebab tanak bila dah besar anak tu pulak ajar dia. Aiyoo yennadey.. ko hantar anak ko sekolah tinggi2 buat apa? Haruslah fikiran dia lebih terbuka terpelajar, jadi bila dia tengok maknya masih kat takuk lama, mestilah dia tegur. Kau takleh terima anak betulkan kau? Kalau dah memang kau yang salah mcmana? Anak kena diammmm sepanjang zaman? Budak tu dah dibiasakan dengan suasana kat sekolah, kat menara gading yang budaya dia benda salah mesti dibetulkan. Kalau kau tanak anak betulkan kau, bagus kau jangan hantar anak sekolah tinggi. Nampak sgt jenis mak amalkan dictatorship mcm org dulu2. Mak sentiasa betul, anak haram tegur mak walaupun terang2 mak yg kelautan hindi. Pastu eee seram plak baca kat post pertama dia nak tampaq.. tampaq ok lagi. Tiber di tulis nak bagi biru, nak bagi bisu. Eeeee apa maksud dia? Hati hitam ku membayangkan dia nak cekik org tu sampai biru tak bernafas hence mati, bisu lah org tu. Pastu dia nak buang buang kat mana laut? Sungai? Astgfirullah kenapa dia ni
Quote Mademoisellee 16-9-2023 01:17 AM
Tak betoiii la makcik niii, forumers yg ada simpan receipt dia berbalas komen dgn followers dia pasal anak mohon LAMPIRKANNNNNN. Acah suci pulak makcik niiiii, baik pergi berubat cara kampung la makcik, lama sgt duk bali sampai tak betoi paleotak
Quote matjerk 16-9-2023 01:32 AM
asfaz replied at 15-9-2023 04:44 PM
Oiittt makcittt...kau masa sekolah bm dpt gred9 ke?
Sendiri tulis sendiri tak paham. Kau sendiri yg  ...

Siap cakap "3 je skrg"
"3 je yg membahagiakan"
So yg sorang lagi, tak membahagiakan ke aci??? forum (39).jpeg
Quote easy81 16-9-2023 03:00 AM
Kawen omputih dok oversea bagai tetap pprt yennadey die takleh ubah. Pekat betul dna kelly ng die nih..
Quote Rogue98 16-9-2023 03:05 AM
Achik Depp ni kena rasuk patung2 kat Bali tu rasanye. Meroyan tak habis2. Sendiri bukak cerita.
Sendiri mengamuk. Apa benda yg nak marah shopee seller pulak...
Ajai pun kantoi kan kata achik Depp n ayu selalu gaduh kadang2 tak bercakap sampai setahun dua.
Pi lah makan ubat achik oiii...
Quote krukx 16-9-2023 03:18 AM
Sebab tu org kadang cakap diam tu lebih bijak. Ayu diam je. Ajai pun komen nmpk la bijak & berhemah. Makcik Depp ni ada trauma ke apa. Banyak btl issues dlm life yg buried deep inside tak heal, and kau lepaskan kt anak. Kadang kesian aku tgk dia ni. Agak2 la nk marah kt netizen pun. Semua bukti jelas nyata mmg kau aritu merentan meluah perasaan pasal Ayu. Alih2 skrg nk korner pulak. Mmg spesis Kelly ni ikut mana pun mmg btl la tetap gitu la gak. Jgn smpai laki French hang tu cari lain sudah la
Quote asfaz 16-9-2023 07:20 AM
Memang ajai tak ckap kau kata anak kau derhaka. Tpi kau biarkan aje kan tololwers kau Komen konon derhaka buat ibu kecik hati and bla..bla..bla.. ada kau reply kata kau tak maksudkan pun? Kau reply anak kau 3 org aje ,tak redha takkan terima kembali ada lah.
Pastu sekarang kau merempan meroyan pulak . Sama la dgn tololwers kau yg acah marah tajuk derhaka tu walhal sesame Komen masa kau merentan aritu kan.  Tiber lupa ingatan apa yg dipost apa yg dikomen apa yg direply. Ngokngek kepalakemek betul
Quote asfaz 16-9-2023 07:25 AM
IMG_20230916_072332.jpg

Sape ada perasan yg ni Komen apa ye? Ai screenshot masa yg post pasal dia beranak tu.
Quote Rachel_Green 16-9-2023 07:41 AM
nurul,
kalau i boleh bagi pendapat..next time kalau you rasa tertekan atau stress, tulis dan luah semuanya kat diari you..jgn luah kat instagram, Just a quick heads up about social media. We're all human and have our bad days, it's completely normal. But once we vent out our frustrations online, people can assume all sorts of things about us and our families. Let's be mindful of what we share on social platforms to avoid unnecessary assumptions.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058503 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top