Seorang wanita kecewa apabila teman lelakinya hanya gemar berborak ketika meluangkan masa bersamanya. Katanya emasa berada di rumah lelaki tersebut, mereka sekadar menonton filem dan berbual kosong.
Disebabkan tidak bersentuhan, wanita ini menganggap teman lelakinya itu sebagai tidak normal. "Normalkah teman lelaki macam tak ada nafsu? Pernah lepak (luang masa) di rumah, memang betul-betul tengok Netflix dan berborak sahaja. "Kemudian dia jarang sentuh aku, pegang tangan pun susah," luahnya lagi di media sosial. Mengakui teman lelakinya seorang yang baik, wanita tersebut turut merasakan dirinya tidak cantik kerana tidak disentuh seperti yang diingini. Luahannya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar Twitter yang turut mengajaknya meluangkan masa di rumahnya pula. "Try lepak rumah aku tengok," ciapnya ringkas.
Perkongsian tersebut membuatkan kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dan marah, malah ada yang menyatakan sukar untuk mendapatkan lelaki seperti itu pada masa ini. Tidak kurang juga yang meramalkan Malaysia akan menjadi seperti Amerika Syarikat yang mana gadis yang masih belum melakukan hubungan seksual akan diejek oleh rakan sebaya. "Pasangan macam tu ada zaman sekarang mesti ramai yang pelik... untung siapa yang dapat jenis jaga batas dan tak perlu cari ustaz pun. "Aku duduk dekat Amerika Syarikat ke sekarang ni? Kena ejek kalau masih virgin? "Murahnya perempuan sekarang dan malangnya teman lelaki dapat wanita macam tu. "Nanti dah kena sentuh dan ditinggal, kata lelaki tak berguna. Tak sentuh baguslah," ujar beberapa warga maya. Sesetengah netizen lagi menyifatkan wanita tersebut sebagai tidak normal kerana mengharapkan sesuatu yang tidak sepatutnya, tambahan pula tanpa rasa malu telah pergi ke rumah lelaki selama berjam-jam. "Awak tu yang tak normal, perkara ni dah jadi kebiasaan... teruk sangat masyarakat sekarang ni. Seram ya dunia sekarang! "BF (boyfriend)? Kalau suami tak apalah juga. Elakkan berzina dan maksiat. Dunia ni dah banyak bencana berlaku, tak takut? "Baguslah dia tak usik, kurang satu dosa," ujar segelintir netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
Clan204 replied at 15-9-2023 04:01 PM
pakai purdah mungkin
mikasa replied at 15-9-2023 04:27 PM
Kalau pakai purdah takan pompuan berani nak gi rumah lelaki...
Lelaki tu pun teringin tapi takut ...
pooh~key replied at 15-9-2023 03:46 PM
Confirm dia gay sis. Sebab akak dulu masa konon2 straight ada pasangan pompuan, haram akak nak sentu ...
pokokmeranti replied at 15-9-2023 04:47 PM
kawan i cite, lepas dating pergi check in. masa nak klimaks si pompuan peluk pinggang dgn kaki. so s ...
ADVERTISEMENT