Seorang individu meluahkan rasa geli dan bengang dengan teman serumahnya yang seolah-olah 'kebal' penyakit. Bilik yang didiami bukan sahaja bersepah dengan sampah dan berbau busuk, malah lantai juga melekit apabila dipijak.
Lantai berjubin putih itu juga kelihatan seperti berkarat kerana terdapat kotoran akibat tidak pernah dicuci. Paling mengejutkan apabila bajunya tidak pernah dibasuh dan diulang pakai selama beberapa kali meskipun telah berbau busuk. Menurut lelaki itu lagi, paling menyakitkan hati apabila makanan yang dibelinya turut dimakan oleh teman serumah itu tanpa meminta keizinan terlebih dahulu. "Housemate from hell. Pengotor, pakaian tak pernah basuh dan makan makanan orang suka hati saja. "Housemate berasal dari Pantai Timur, negeri bermula dengan huruf K," ciapnya di Twitter.
Tambahnya kejadian yang paling tidak dilupakan adalah kain sofa rumahnya bertukar hitam selepas rakan serumah 'berkubang' di atasnya. Mana tidaknya, sofa tersebut dijadikan tempat tidur selama lebih dua bulan kerana pada waktu itu kipas di biliknya rosak. "Dia pernah 'tinggal' di sofa rumah selama dua bulan lebih sebab kipas bilik rosak. Kain sofa tu jadi hitam legam brother. "Ada masa dia pakai boxer loose, 'lato-lato' tergantung dan lepak di sofa... aku juga yang kena basuh kain sofa tu," luahnya lagi. Disebabkan tidak tahan dengan situasi sebegitu, dia anggup membelikan kipas baharu untuk teman serumahnya sekali gus mengelakkan dia daripada terus menggunakan ruang tamu dan sofa sebagai tempat tidur. "Masa tukang elektrik datang pasang kipas, dia tiba-tiba mengaku ada sijil SKM (Sijil Kemahiran Mara) level 3 dan tahu buat tetapi enggan sebab bukan kerjanya." Menurutnya lagi, dia sudah berbincang dengan rakan serumah mengenai isu ini beberapa kali sama ada melalui WhatsApp mahupun bersemuka. Namun kesemuanya tidak berjaya menemui penyelesaian meskipun sudah bertumbuk dan memaki hamun. Bagaimanapun, dia menyatakan bukan semua K, dipercayai singkatan untuk negeri Kelantan berperangai seperti rakan serumahnya itu. Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya berkongsi pengalaman mendapat rakan serumah dari negeri yang sama. "Aku pernah dapat housemate macam ni. MasyaAllah tak tahu nak cakap dia punya pemalas tu tahap macam suruh telan racun. "Pernah jumpa lagi teruk daripada ini... tilam hilang warna dah. "Aku pun pernah hidup dengan roomate macam kau juga dan negeri yang bukan K, aku rekod dan ambil gambar biliknya sebiji keadaan macam ni dan lagi teruk! "Rumah sewa pertama masa kerja semua geng K. Aku husnuzon masa tu, sebulan sahaja tahan aku terus chow (pergi) sebab masak tak basuh dan lantai melekit memang pakai selipar dalam rumah," ujar beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar
|
shi_jewel replied at 15-9-2023 04:09 PM
iol pernah se-roommate dgn org dari negeri K juga. memang pengotor. bilik, katil dipenuhi dgn baju y ...
ADVERTISEMENT