CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terdedah Dengan Pergaulan Bebas Di Set Shooting, Yusuf Bahrin Kawal Diri Daripada Disondol

15-9-2023 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2335| Komen: 5

Yusuf Bahrin bersyukur rumah tangganya tidak pernah diganggu penyondol.

Menurutnya, dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Foto: IG


“So far Alhamdulillah tak ada diganggu dan saya cuba elakkan perkara seperti itu terjadi di set penggambaran dan di luar set.

“Zizi pun tak ada isu sondol menyondol ni. Dia sondol saya adalah,” katanya bergurau.


Namun, dia memberitahu tidak terlepas daripada ujian sebagai seorang lelaki apabila terdedah dengan pergaulan bebas di set penggambaran.

“Ujian pasti ada. Ujian untuk saya sebagai lelaki lebih bila saya keluar dekat set dan pergaulan agak bebas. Saya tak salahkan suasana tu, tapi berbalik kepada diri saya sendiri.

“Kelemahan diri saya sendiri, kalau saya gagal mengatasi saya punya kelemahan habislah.

“Tapi Alhamdulillah saya cuba ingatkan diri kalau berbuat perkara yang tak baik belakang isteri saya, nanti ada benda tak baik terjadi pada saya,” jelasnya kepada XTRA.



Sementara itu, isterinya, penyanyi Zizi Kirana sentiasa berdoa agar rumah tangga mereka dilindungi dan selebihnya hanya berserah kepada Tuhan.

“Kita berdoa yang baik-baik untuk kami punya rumah tangga. Kalau orang lain ditimpa ujian seperti itu pun kami doakan yang baik-baik.



“Tak perlu berlebih-lebihan risau sebab semua itu Allah yang aturkan, so kita doa agar hubungan kami kekal sampai ke akhirat,” kata Zizi.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi telah mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 15-9-2023 02:55 PM
You sapa? Kaya raya...rasanya kerjaya Zizi lagi masyukkk kan..ke sama je dua dual...entahlah next....try harder ye wartawan cari..
Quote Kurex 15-9-2023 03:01 PM
Bosan la uols.. sape je nak sondol orang yg tak menghasilkan duit
Quote ezacbee 15-9-2023 03:03 PM
Cam xberbaloi je nak menyondol
Quote I.K.A888990 15-9-2023 04:01 PM
nasib la zizi dpt suami hensem
Quote Kancilkering 15-9-2023 04:12 PM
hesem mamat ni walaupun babulu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.091212 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top