CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Apa-Apa Update, Biar Farid Yang Buat' - Diana Danielle Ulas Desas-Desus Rujuk Semula

15-9-2023 01:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9695| Komen: 75

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyerahkan kepada bekas suami yang juga aktor dan pengarah, Farid Kamil untuk memaklumkan 'update' mengenai dakwaan yang mengatakan mereka sudah kembali bersama.

Menerusi temu bual dalam satu podcast hiburan, Diana memaklumkan segala keputusan mengenai hubungan mereka itu akan diumumkan oleh Farid tidak lama lagi.


"Kami akan buat keputusan dalam masa terdekat tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya biarkan Farid yang buat.

"Sebab dia lelaki," kata Diana.

Dalam pada itu, Diana turut mendedahkan dia dan Farid masih lagi dalam fasa memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik.

Mereka juga sudah memikirkan sebarang kesan yang akan dihadapi sekiranya kembali bersama.

"Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan. Tapi, tidak lah perlahan sangat.

"Kami pun sedang memikirkan bagaimana untuk memperbetulkan kehidupan kami antara satu sama lain lagi.


"Apakah kebaikan dan risiko yang akan kami hadapi di masa hadapan," katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan Farid merakam gelagat Diana yang sedang berada dalam studio sedang ditemu bual oleh seorang wartawan.

Kata Farid, dia hanya dapat melihat dari luar sahaja kerana kurang sihat untuk ditemu bual.


Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang anak, Muhammad dan Nur Aurora. - CARI


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 15-9-2023 02:08 PM
Penat je acik porom nasihat ko Dd
Quote matjerk 15-9-2023 02:16 PM
Aku yakin parid mmg sayang gila kat hang Dd oiiiii....
Quote lifeline 15-9-2023 02:24 PM
aku bukan la minta parid dan bukan la minat DD
tp aku suka tgk depa dua ni
nmpk serasi berdua ha gitu hahah
Quote krukx 15-9-2023 02:27 PM
Hmm...good luck la. Harap farid btl2 berubah. Tp aku dh bnyk jumpa kes laki ambik barang, talak rujuk, talak rujuk smpai last dh 3 kali. Si laki umur dh 40+ masih gitu jugak. Masa nk rujuk mmg la mcm2 janji & merayu. Lelaki jenis mcm ni mmg pandai berjanji siap nangis2 lagi nk buktikan dh berubah. Suka hati kau la DD. So aritu yg kau pegang tgn someone tu tgn Farid la kan. Done!
Quote alesandra 15-9-2023 02:30 PM
Raya thn depan chemad x gusar lagi kena beraya belah mak
Quote jihyomelly 15-9-2023 02:30 PM
suka hati korang la..nak rujuk nak cerai nak couple balik..apa keputusan jgn mainkan emosi anak2..
Quote Lavender_Violet 15-9-2023 02:34 PM
Apa2 jek lah
Walhal sebelum cerai hari tu mmg dah separated pun
Masa tu x boleh pulak tarik keputusan nak cerai
Bila betul2 cerai, alih2 nak rujuk pulak
Marah agaknya warga kerja MAWIP tempat diorang file cerai tu
Menyusahkan aku aje bukak tutup file cerai rujuk korang berdua, kata officer in charge
Quote Manusiabesa 15-9-2023 02:36 PM
Yih.aku ok je dorg bebaik.sbb anak2 perlukan both.tp benda xbest bila rujuk ngn parid ni mmg kau kena ngadap balik la biras kepochi kau... FZ dgn wife dia YS... semak wei..kepochi much..aku xsuka btol ipar duai mulut byk gitu
Quote sayurmayur88 15-9-2023 02:54 PM
masa iolls kecik, iolls akan tergelak tiap kali dengar perkataan "desas-desus". entahlah, iolls dengar macam takde erti perkataan tu.. hehehe
Quote Kurex 15-9-2023 02:56 PM
Lantak deols la..
Quote petpot 15-9-2023 03:02 PM
Manusiabesa replied at 15-9-2023 02:36 PM
Yih.aku ok je dorg bebaik.sbb anak2 perlukan both.tp benda xbest bila rujuk ngn parid ni mmg kau ken ...

ni iolss setuju.
dulu iolss suka jugak dgn yana tu.
lepas kawen perangai apesal netizen sgt.
laki dia pun kaki capap.
Quote sukacactus 15-9-2023 03:03 PM
Apa2 jd nnt diorang berdua yg akn hadap, so lantak korang la
Jgn la gaduh2 lg ...sian ank2
Quote izat123 15-9-2023 03:10 PM
Penat Cik forum cerca Farid berpuluh pages. Hujung hujung acik forum apa pun tak dapat.
Quote seri_mawr 15-9-2023 03:11 PM
klu still jodoh mereka....
ok la tu anak2 pun happy...
asal kan semua happy sila kan...

mmg si farid ni syg sgt kot kat DD...harap2 dia insaf le....
kang kerjanya dok kawen cerai..kawen cerai...cukup 3 x kang mental dah nak kawen balik x leh daa...
Quote nsmy 15-9-2023 03:16 PM
Alhamdulillah kalau betul...I tumpang happy for both of you...
Quote kaedahnya 15-9-2023 03:22 PM
Manusiabesa: Yih.aku ok je dorg bebaik.sbb  ...

i pun pelik ngan perangai ys tu sekarang. padahal dulu siap jadi duta macam macam product. retis lain pun ada je yang dah kawin then bertudung tapi takda la transform jadi nurtizen sekali. tapi tak pa la at least tak jadi scammer ke apa.
Quote cantthinkofany 15-9-2023 03:37 PM
jalfa replied at 15-9-2023 02:08 PM
Penat je acik porom nasihat ko Dd

berbuih jari2......
Quote asamfish 15-9-2023 03:39 PM
takpa...nanti tak lama lagi sure achik2 porom akan puji pasangan romantis, sweet kapel, awwww cair lutut la
Quote Mata.kucing 15-9-2023 03:50 PM
demi ank2 bersatula kembali sbb ank2 la terpaling bahagia nti smoge kekal keakhir usie

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057008 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top