CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion, Najib Razak Dan Mohd. Irwan Dibicara 30 Hari Bermula Jun 2024

15-9-2023 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1589| Komen: 10

KUALA LUMPUR – Perbicaraan enam pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar akan bermula Jun dan Julai tahun 2024 selama 30 hari di Mahkamah Tinggi.


Enam pertuduhan pecah amanah itu ialah dana kerajaan yang digunakan sebagai bayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh-tarikh tersebut selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.


Foto: Kosmo

Tarikh-tarikh yang ditetapkan itu ialah 4 hingga 6, 10 hingga 13, 19 dan 20, 24 hingga 27 Jun yang kemudian bersambung pada Julai iaitu 2 hingga 4, 9 hingga 11, 15 hingga 18, 22 hingga 25, dan 29 hingga 31.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi manakala Najib dan Mohd. Irwan masing-masing diwakili peguam Tan Mohamed Shafee Abdullah dan Datuk K.Kumarendran.


Sementara itu, berhubung dengan representasi pihak pendakwaan tidak menyebut mengenai perkembangan perkara itu semasa prosiding.

Pada awal Ogos lalu, Najib mengemukakan representasi kedua agar Jabatan Peguam Negara (AGC) mengkaji enam pertuduhan pecah amanah harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion yang dihadapinya bersama-sama Mohd. Irwan.

Ia susulan representasi pertama yang dikemukakan pada tahun 2021 melalui firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co. ditolak setahun kemudian.

Representasi kedua Najib melibatkan jumlah dokuman yang banyak dan sama dengan lampiran dalam representasi kedua yang dikemukakan oleh Mohd. Irwan.

Pada 3 Mac 2022, Hakim, Muhammad Jamil menolak permohonan Najib, 70, dan Mohd. Irwan, 67, agar mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan pecah amanah dana kerajaan yang digunakan sebagai bayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) atas alasan pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes.

Terdahulu pada 25 Oktober 2018, Najib dan Mohd. Irwan mengaku tidak bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada Februari lalu, media melaporkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan 1MDB telah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS).

Perkara itu ialah mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Menurut Kementerian Kewangan, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MoF Inc dan 1MDB. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 15-9-2023 12:15 PM
kening pun boleh beruban ye sister? kenapa rasa macam fes taim nampak, kecuali atuk kfc tu lah kan
Quote Erotika 17-9-2023 08:07 AM

Quote CiliPadiSedap 17-9-2023 08:58 AM
akan terlepas kes ni reformasi bebas kes
Quote kemaruk 17-9-2023 05:57 PM
najib dianiaya

orang yang zalim dan sadis je yang suka lihat orang lain dianiaya
Quote grouper 17-9-2023 06:43 PM
X abis2 lagi kes najib...ada org kata dia kena scam....najib ni bodoh level org yg kena love scam ke...
Quote cmf_premierleag 17-9-2023 07:44 PM
Lamanya nk mula..Jun and July 2024???
Ntah2 awal2 dah dijemput malaikat maut
X sempat nk bicara
Quote Kak-Rohana 20-9-2023 12:46 AM

Quote sharlenetexas 20-9-2023 01:07 AM
Teringat thread buntat.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044421 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top