CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Elmina: Tiada Kemek, Tebuk Dan Bulu Burung Pada Mana-Mana Komponen Enjin

15-9-2023 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3651| Komen: 34

PETALING JAYA- Laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier di Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu menyatakan tiada bukti penemuan objek asing di kedua-dua belah enjin kiri dan kanan pesawat.


Kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

Jelas laporan itu, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.


Foto: Kosmo

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di mana pesawat itu terhempas dua minit sebelum mendarat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam tidak membuat panggilan kecemasan atau ‘Mayday’.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 15-9-2023 12:07 PM
abis tu tak kan pilot microsleep masa penerbangan?
Quote grouper 15-9-2023 12:15 PM
Macam mana diorg blh tau ye padahal semua tu dah meletop hangus terbakar..klau ada bulu burung mestilah dah abis rentung jadi abu
Quote chipsmoremore 15-9-2023 12:59 PM
x bestnya laporan ni..
Quote cap_ayam 15-9-2023 01:17 PM
Tu je ke laporannya
Quote eely_shana 15-9-2023 01:57 PM
Semoga roh yg terlibat dicucuri rahmat
Quote mawardia 15-9-2023 02:13 PM
Kau nak imply apa sebenarnya ni nok.
Quote matseh 15-9-2023 02:24 PM
transcript voice recorder x release ke?
Quote pokokbunga 15-9-2023 02:45 PM
Laaa tu je ker laporan dia ??
Quote airfilterkotor 15-9-2023 02:59 PM
Chapter 3.0 takde.
Quote SWORKS27 15-9-2023 02:59 PM
ooo laporan dia ni berasaskan sepku netijen..ada yg cakap burung masuk la, drone la...
so, satu persatu la dia bgtau...siasatan lain tu mesti amik masa..voice rekod tu bukan senang2 nak reveal..nko hingat ni tik tok ke suka2 mintak...seronok la konten creator nti gigih buat citer
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2023 05:16 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 15-9-2023 05:22 PM

Mentang-mentanglah blackboard dah hangus, laporan siasatan pun kira burnt jugak
Quote tumpanglalu74 15-9-2023 05:57 PM
Edited by tumpanglalu74 at 15-9-2023 06:05 PM
mawardia replied at 15-9-2023 02:13 PM
Kau nak imply apa sebenarnya ni nok.

Forum pilot omputih sinun rata2 kata takde recovery effort untok menaikkan semule pesawat yang dah menjunam tu.  Jangan tanye aku camne dorang tau.  Depe tau la bace flight data.  Aku ni tak tau..

So, jangan lagi sekali keluar cerite pilot suicide macam katebang yang hilang tu sudah..  Nanti liang lahat kuih lapis tersenyum sinis.

https://www.pprune.org/accidents ... -rwy-15-wmsa-2.html
Quote annadonna 15-9-2023 06:44 PM
Sabotage?
Quote me12345 15-9-2023 07:14 PM
Betul ke full report camni.. fishy sgt. Apa content communucation...
Quote Nham22 15-9-2023 07:17 PM
tumpanglalu74 replied at 15-9-2023 05:57 PM
Forum pilot omputih sinun rata2 kata takde recovery effort untok menaikkan semule pesawat yang dah  ...

Dah pening plak aku baca.. Bahasa terlalu teknikal org putih
Quote kitaserupaaa 15-9-2023 07:26 PM
Boleh gi kt website MOT utk dptkan full prelim report. Ade few aircraft part yg disimpan utk further exam. Ikut report tu, ada cable2 yg indicate tension overload. Aku pun tak paham sangat. Maybe forumer kelana boleh explain. Tapi  report tu tak mention pun punca crash. Maybe dlm final report
Quote tumpanglalu74 15-9-2023 07:27 PM
Edited by tumpanglalu74 at 15-9-2023 07:41 PM
Nham22 replied at 15-9-2023 07:17 PM
Dah pening plak aku baca.. Bahasa terlalu teknikal org putih

screen_shot_2023_08_20_at_07_33_18__479b0dfd97ff2646196a8f3f38aefcdf3f0bfc09.jpg
screen_shot_2023_08_19_at_07_38_29__12247ce89ccbd2e9c598a3ae7da3743709ad1c1b.jpg
screen_shot_2023_08_19_at_07_38_59__34acdd483a149cc7100f87c2b16ced11c42f6fe0.jpg

Take it as U will..
Quote Nham22 15-9-2023 07:53 PM
tumpanglalu74 replied at 15-9-2023 07:27 PM
Take it as U will..

Ooo ingat take it or leave it.. Hehe
Quote tumpanglalu74 15-9-2023 08:01 PM
Nham22 replied at 15-9-2023 07:53 PM
Ooo ingat take it or leave it.. Hehe

Dari bait2 komen kat forum tu bunyi macam pilot tu sengaje tak recover atopon dah pengsan..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.135194 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top