Baru-baru ini Majalah 3 menayangkan satu dokumentari khas pembinaan bangunan Merdeka 118 yang merupakan bangunan yang tertinggi di Malaysia dan juga Asia. Bangunan pencakar langit dengan ketinggian melebih 600 meter itu menempatkan ruangan pejabat, kediaman hotel dan komersil.
Pelbagai pihak bertungkus lumus dalam memastikan bangunan ini berjaya dibina dengan selamat dan istimewa buat negara. Bagaimanapun tayangan itu mengundang rasa kecewa salah seorang dari penyumbang kerahan idea dan tenaga di sebalik binaan bangunan ini, apabila produksi tersebut dikatakan tidak memetik atau menemubual pihak kejuteraan yang terlibat secara langsung dalam binaan tersebut. “Baru tengok Majalah 3 pasal Merdeka 118. Siapa yang di interview? “Padahal nak kira structure nak support 17,000 facade cermin tu, Structure Engineer pecah kepala buat calculation.
“Dah banyak structure tu, foundation kena solid. Geotechnical Engineer and Civil Engineer nangis nak fikir kasi bangunan ni ada solid foundation. “Dah ada solid foundation, air tandas nak ambil mana? Electrik nak ambil mana? Water sprinkler? Nak design routing cable and piping nak elak beam sana sini tu, MEP Engineer tak tidur malam dok fikir tau,” kata Ir Abdul Rahman Bahasa. Loading FB Post... Tambahnya lagi, pelbagai keperluan lain yang perlu difikirkan oleh pihak jurutera dalam memastikan bangunan tersebut selesa dan selamat untuk dikunjungi orang ramai. “Bangunan dah gah tak kan nak pakai kipas tangan? Aircond kena ada. Berbuih mulut HVAC Engineer nak fikir! “Tapi sikit pun tak dihighlight pasal Engineer. At least panggillah seorang engineer untuk di Interview. Anyway, begitulah nasib Engineer. Time good-good memang orang tak ingat kat Engineer. “Tapi cuba bangunan ada problem? Time itulah akan keluar ayat..”Ni semua salah Engineer,” katanya. Bagaimanapun, ada seorang individu berpendapat, pihak Majalah 3 tidak wajar disalahkan sepenuhnya. “Kebiasaan bila nak shoot dokumentari, penerbit atau wartawan akan berjumpa dengan pihak yang berautoriti untuk bertanya siapakah yang patut ditemubual. “Lebih-lebih lagi kalau slot tersebut dibeli oleh pihak berkenaan, memang kena ikut kehendak mereka. Production hanya urus part teknikal dan susun serta suggest idea untuk jadikan storyline mengikut konsep dokumentari,” kata Raden Azwan. -CARI Smber: The Reporter
|
pekerja buruh BANGLA DAN INDON Kecewa Majalah 3 Tak Highlight Penglibatan mereka Dalam Pembinaan Bangunan Merdeka 118 "Padahal Pecah Kepala Buat bangunan tu"
msdummy.2018: Betul jer apa dia ckp...bila b ...
she replied at 15-9-2023 11:25 AM
Nasib baik tukang jahit Rizman Ruzaini tak mencapub
Saya tukang jahit siang malam mengadap baju tu
T ...
she replied at 15-9-2023 11:25 AM
Nasib baik tukang jahit Rizman Ruzaini tak mencapub
Saya tukang jahit siang malam mengadap baju tu
T ...
ADVERTISEMENT