CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laporan Nahas Lebih Penting Untuk Keluarga Mangsa Dalam Pesawat – Keluarga Rider Hafiz

15-9-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1461| Komen: 3

SUNGAI PETANI: Keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad SalleH berkata laporan awal nahas pesawat ringan Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor pada 17 Ogos lalu mungkin lebih penting untuk diketahui oleh keluarga mangsa yang berada di dalam pesawat itu.


Katanya mereka sudah reda dengan pemergiannya dan menganggap ianya sebagai suratan takdir yang telah tertulis.

Namun adiknya, Norhikmah, 26, berharap laporan nahas udara itu dapat digunakan untuk penambahbaikan supaya tragedi sama tidak berulang.


Foto: Utusan

“Kami sekeluarga telah menerima hakikat bahawa tragedi nahas pesawat tersebut merupakan satu kemalangan yang turut meragut nyawa abang sulung kami meskipun arwah tidak berada dalam pesawat itu.

“Hasil laporan perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan mungkin lebih penting bagi ahli keluarga mangsa-mangsa yang berada di dalam pesawat berbanding kami,” katanya kepasa Utusan.


Norhikmah berkata, hasil laporan nahas yang diperolehi itu boleh dijadikan panduan untuk semua pihak yang terlibat dalam industri penerbangan bagi menambah baik keselamatan pesawat.

“Tragedi ini sudah berlaku, saya rasa tak guna kami nak salahkan sesiapa kerana abang pun sudah tiada, jadi lebih baik fokus kepada usaha untuk elak perkara ini berulang,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan laporan awal nahas terbabit akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada pukul 10 pagi ini.

Laporan tersebut berdasarkan rakaman suara selama 30 minit yang diperoleh daripada memory puck dalam VCR pesawat berkenaan.

Kejadian pukul 2.40 petang, 17 Ogos lalu berlaku setelah pesawat yang berlepas dari Langkawi itu dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum terputus komunikasi dengan menara kawalan.

Pesawat dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas. Seramai 10 individu termasuk Muhamad Hafiz yang merupakan pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian maut selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Johari Harun. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 15-9-2023 10:50 AM
Laporan akhir tahun depan OGOS baru dapat tahu ler acik....

Zaman berteknologi tinggi....report macam ini pun makan tahun...

Pasrah je ler utk dapat closure yg tentunyer satu penantian yg menyiksakhen

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.031469 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top