CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percaya Sangat Dengan 'Polis', Simpanan Nenek RM3.83 Juta Lesap

15-9-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1795| Komen: 21

Padah terpedaya dengan tipu daya 'pegawai polis', wanita warga emas kerugian RM3.83 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, wanita berusia 70 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans sekitar November 2022.


Menurutnya, suspek menyatakan terdapat tuntutan insurans yang dibuat menggunakan nama mangsa, namun mangsa menafikannya.


Hussein Omar Khan

"Panggilan itu kemudian disambungkan kepada 'pihak polis' dan individu itu mendakwa nama mangsa terlibat aktiviti pengubahan wang haram.

"Khuatir dirinya ditangkap pihak berkuasa, mangsa hanya menuruti apa sahaja arahan diberikan oleh ahli sindiket 'phone scam' terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek meyakinkan mangsa untuk membuka akaun bank baharu dan mendaftarkan satu nombor telefon yang diberikan suspek kepada mangsa untuk urusan perbankan dalam talian sebelum diminta untuk menyerahkan nombor akaun berkenaan kononnya bagi tujuan siasatan.


Katanya, mangsa diarahkan memindahkan semua wang miliknya ke dalam akaun terbabit dan tidak dibenarkan mengakses akaun itu beberapa bulan.

"Mangsa turut diarahkan supaya menghapuskan kesemua resit transaksi kemasukan wang ke dalam akaun terbabit," jelasnya.

Tambahnya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati akaun banknya hanya berbaki RM79.59 selepas semakan dibuat pada Rabu.

"Mangsa kerugian RM3.83 juta selepas wang persaraan, simpanan tetap, akaun amanah dan gadaian emas dipindahkan ke akaun baharu terbabit," katanya.

Hussein mengingatkan bahawa tiada panggilan telefon daripada satu syarikat, agensi atau jabatan kerajaan yang boleh dipindahkan dari satu pihak ke pihak yang lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 15-9-2023 11:29 AM
Tak tau nak.kata apa   ..mcm tiada penamat nya.bye the way, byk nya simpanan nenek ini..mesti orang bisnes kan...
Quote eely_shana 15-9-2023 01:33 PM
Scammer di mana2
Quote miss_perfect 15-9-2023 02:22 PM
Yang kena scammed ni selalunya mesti banyak simpanan. I guess memang scammer tu ada kaki yang kerja bank so boleh cari mangsa mana yang kaya-raya.
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2023 05:06 PM
Kayanya nenek        
Quote jihyomelly 15-9-2023 05:22 PM
nek yg kaya..pandai scammer ni cari org yg berduit mesti ada org dlm yg bg info..sian nenek ni terkena
Quote gigahertz 15-9-2023 08:26 PM
miss_perfect replied at 15-9-2023 06:22 AM
Yang kena scammed ni selalunya mesti banyak simpanan. I guess memang scammer tu ada kaki yang kerja  ...

biasanya kalau income yang kita dapat tu saluran betul
kita x perlu risau. kalau guna saluran tak betul & Haram
memanjang risau je dengan duit sendiri.
Quote brego 15-9-2023 08:52 PM
acik2 memang mudah panik

lubok scammer
Quote brego 15-9-2023 08:57 PM
dakwaan jer lebih, siasat kunun

korang pernah tengok dalam media,
mana2 scammer kena heret ke mahkamah?
Quote capwayang 15-9-2023 09:15 PM
Edited by capwayang at 15-9-2023 09:16 PM

..iols rasakan dah sampai masa la untuk mobile network ni applykan pesanan khidmat masyarakat berkenaan scammer ni maksudnya dari nombor yang tidak dikenali atau tiada dalam simpanan kepada penerima panggilan sebelum dilanjutkan untuk dia jawab panggilan telefon tu..
Quote brego 15-9-2023 10:14 PM
capwayang replied at 15-9-2023 09:15 PM
..iols rasakan dah sampai masa la untuk mobile network ni applykan pesanan khidmat masyarakat berken ...

install jer app Truecaller
install kan dalam semua phone org tua, acik2, dan atok nenek

biia scammer call, akan keluar alert warna merah
terpulang nak pick up ker tak
siap keluar nama lagi, org yg label kan - scammer sial
Quote capwayang 16-9-2023 12:01 AM
brego replied at 15-9-2023 10:14 PM
install jer app Truecaller
install kan dalam semua phone org tua, acik2, dan atok nenek

..I have truecaller dah 4 years guna. Maksudnya voice reminder ganti ring tone especially kalau nombor tu tak dikenali untuk yang 65 and above dan bagi yang tak berapa peka perihal scammer. Something like anda mungkin sedang dihubungi nombor scammer penyamaran sebagai anggota polis peguam dsb..
Quote kepompong 16-9-2023 01:29 AM
brego replied at 15-9-2023 08:57 PM
dakwaan jer lebih, siasat kunun

korang pernah tengok dalam media,

cerita "no more bets" sampai gadai nyawa nak crack scammer. mustahil lah polis betul2 buat camtu
Quote kepompong 16-9-2023 01:34 AM
capwayang replied at 16-9-2023 12:01 AM
..I have truecaller dah 4 years guna. Maksudnya voice reminder ganti ring tone especially kalau nom ...

stakat ni i mmg tak angkat fon yg tak dikenali , sbb nombor scammer bila kita call semula mmg takkan dpt .

i mean kalau takut terlepas call penting dari nombor tak dikenali , mmg itu je 1-1 nya cara . tkde cara lain... tekan merah (taknak receive call) atau biarrr je sampai habis dering tu. pastu call semula nombor sama... kalau nombor tu scammer mmg tak dpt call semula
Quote capwayang 16-9-2023 08:54 AM
kepompong replied at 16-9-2023 01:34 AM
stakat ni i mmg tak angkat fon yg tak dikenali , sbb nombor scammer bila kita call semula mmg takk ...

..iols programkan supaya truecaller silent kan je calls dari semua unknown callers ni and then bila dah tengok notification iols delete semua selepas update scammer list dalam truecaller tu..
Quote kepompong 16-9-2023 09:10 AM
miss_perfect replied at 15-9-2023 02:22 PM
Yang kena scammed ni selalunya mesti banyak simpanan. I guess memang scammer tu ada kaki yang kerja  ...

btul kot. berdasarkan pengalaman i...

masa i baru dpt cash sbb jual rumah2 , mmg byk scammer call. skrg tkde dah sbb dlm akaun licin abes i beli tanah + adaaaa je nak pakai duit utk kegunaan harian mmg pokai lah sgt dgn kata lainnya
Quote kepompong 16-9-2023 09:11 AM
kita yg dah aware dgn scammer ni mmg boleh elak. i kesian org yg tak aware
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:04 PM

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:05 PM

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.051139 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top