Seorang peniaga pisang goreng mati dipukul pelanggan gara-gara tidak berpuas hati dengan teguran mangsa dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasar di Pokok Assam, Taiping. Media tempatan melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Ah Kun terdahulu menegur suspek yang menyentuh pisang gorengnya dengan tangan, kerana bimbang makanan itu tercemar.
Tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek mula bertengkar dengan mangsa dan kemudian berlaku pergelutan di antara mereka. Mangsa melarikan diri ke lorong bersebelah pasar itu namun suspek pula menggunakan kesempatan itu untuk merosakkan gerai mangsa dan beredar dari lokasi kejadian. Ah Kun kembali semula ke gerai untuk membersih dan menyusun semula dapurnya untuk meneruskan perniagaan sebelum didatangi suspek semula yang menyerang mangsa dari belakang. Kepala Ah Kun dipukul menggunakan sebatang kayu menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kira-kira dua jam selepas kejadian itu, polis telah berjaya menahan suspek berusia 49 tahun dan direman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI
|
margo20 replied at 15-9-2023 03:25 AM
Dh kalau kau benci dia usik makanan tu kau blah jela buat ape smpai membunuh
jiwasemangat replied at 15-9-2023 12:07 PM
Ada dendam lama agak ehh..
ADVERTISEMENT