Seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengenakan saman terhadapnya yang berniaga di rumahnya sendiri. Difahamkan, pengadu berniaga di hadapan rumah sendiri untuk mencari rezeki tambahan bersempena penganjuran Himpunan RX-Z Member 5.0 pada hari kejadian.
Katanya empat khemah yang dipasang di tepi jalan langsung tidak mengganggu jalan utama. Malah, PBT yang pada awalnya datang juga tidak menghalang mereka berbuat demikian. “Berpakat empat kanopi anak beranak cuba niaga dua hari masa RXZ members. Cuba cari rezeki setahun sekali di depan rumah sendiri. “Tapi tiada budi bicara dan tolak ansur dari pihak PBT. Tuan rumah berniaga rapat pagar rumah sendiri pun kena saman. Kami ikut arahan awal, tidak dibenarkan berniaga di tepi jalan. Kami menuruti arahan itu dan berniaga hampir 50 kaki daripada jalan dan rapat pagar tuan rumah.
“Mula-mula beritahu tak apa, boleh niaga. Tetapi kali kedua datang, tetap kena saman. Yang lagi tak masuk akal, tuan rumah sendiri pun kena saman (kanopi merah),” katanya. Pengadu faham PBT hanya menjalankan tanggungjawab tetapi sekurang-kurangnya tunjukkan belas kasihan atau budi bicara sebelum mengeluarkan saman. “Betul peraturan tetap peraturan. Tetapi tiada belas kasihan dan budi bicara ke? Kanopi jauh daripada jalan dan tidak mengganggu lalu lintas. “Saman kena empat keping. Niaga air dua hari, 50 gelas tak habis,” katanya. Bagaimanapun, luahan yang dikongsikan melalui hantaran di Facebook itu telah dipadamkan kerana pengadu berkata dia tiada niat mahu menularkan perkara itu. “Maaf terpaksa delete post sebelum ini, tiada niat nak viralkan. Hanya meluah perasaan kecewa sahaja. Tapi bila viral begini, ramai yang komen tak elok. “Setakat ini sahaja kes ini, yang lain-lain biarkan kami selesaikan sendiri. Terima kasih,” katanya. -CARI Sumber: The Reporter
|
batu kikir replied at 15-9-2023 11:08 AM
PBT dan penguatkusa lain cuma tunjuk langsi kat rakyat Malaysia terutama Melayu. Tapi cuna pergi pas ...
batu kikir replied at 15-9-2023 11:08 AM
PBT dan penguatkusa lain cuma tunjuk langsi kat rakyat Malaysia terutama Melayu. Tapi cuna pergi pas ...
Skuau replied at 15-9-2023 03:16 PM
penguatkuasa sendiri pon 'makan' kt gerai warga asing. taktaula warga asing tu bg sedekah ke drng ...
ultra78 replied at 16-9-2023 06:35 AM
Nak berniaga makanan ada rules dia. Lokasi tu satu. Satu lagi adalah lesen. Untuk dapatkan lesen tu ...
lanacondor replied at 16-9-2023 12:40 AM
Dpn sekolah meols dlo ada jual bah kut teh, 1 lg jual nc lemak. Yg di angkut nc lemak. Sb boleh mkn. ...
Skuau replied at 15-9-2023 03:16 PM
penguatkuasa sendiri pon 'makan' kt gerai warga asing. taktaula warga asing tu bg sedekah ke drng ...
ADVERTISEMENT