Usahawan pencuci mulut terkenal, Kieda Crepe beberapa hari lalu meluah rasa ralat dengan kecaman netizen berkaitan konsep perniagaannya susulan penjelasan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang menjelaskan hukum tidak sah urusan jual beli jika pengusaha mengenakan syarat untuk membeli dahulu barangan vendor sebelum mendapatkan produk miliknya.
Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut dan menyatakan tidak memaksa sesiapa pun untuk membeli produk di kedainya. Dia juga terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang tergamak menyentuh orang tuanya terutama bapa yang baru sahaja meninggal dunia.
Ada pihak yang tergamak hina arwah bapa Kieda Crepe dengan menyatakan allahyarham meninggal mungkin kerana sikap usahawan berkenaan. Dalam posting yang berlainan, dia juga telah memuat naik aktiviti hariannya iaitu menziarahi pusara bapa tersayang, Jais bin Salleh bagi melepas kerinduan dan kadang kala meluahkan pelbagai rasa terutamanya sewaktu sedang diuji. Perkongsian Kieda berkaitan kutukan yang diterima sehingga melibatkan ibu bapanya telah mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata mereka merasakan perkara tersebut keterlaluan kerana ia melibatkan bapa Kieda Crepe yang telah tiada. Ujar mereka, jika tidak mahu menyokong perniagaan usahawan itu sekalipun, tidak perlulah sehingga menghina orang lain lebih-lebih lagi individu berkenaan sudah meninggal dunia. Sumber: OMM
|
mojarean_X replied at 15-9-2023 01:52 AM
Sedap sgt ke crepe dia smpi heboh sgt ni.
prince_marhaen replied at 15-9-2023 10:26 AM
pembeli hamak, follower bodoh, semua hegeh support betina mulut hanjeng ni, kena maki berbakul pun s ...
Cyempaka replied at 15-9-2023 10:27 AM
Mmg attention seeker.. g kubur pun record letak camera kat depan. Xde ke erti privacy dlm hidup mere ...
CiliPadiSedap replied at 15-9-2023 10:44 AM
sama juga isu komando di latih survival dalam hutan , di latih cuba rasa makanan biawak monyet ular. ...
ADVERTISEMENT