PETALING JAYA – Penampilan Paris Hilton ketika hadir ke pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini menerima pujian ramai pengguna media sosial. Ketika bertemu ratusan peminat semalam, selebriti berusia 42 tahun itu mengenakan gaun berwarna biru muda labuh menutupi sehingga ke bawah lutut.
Rata-rata menyifatkan pakaian yang dipakai Hilton sepanjang berada di Malaysia juga kelihatan sangat sopan walaupun cuaca panas terik. “Sopannya lihat Paris Hilton datang Malaysia. Betul-betul menjaga sensitiviti,” ciap Lily. “Cantik-cantik semua baju dia di Malaysia. Yang penting nampak sopan. Mesti dia ‘study’ (kaji) dulu sebelum datang Malaysia,” komen Yasmin Harun. “Suka tengok penampilan Paris Hilton, nampak sopan sangat baju dipakainya. Rasa lebih Melayu dari orang tempatan kita,” komen seorang pengguna lain. Bukan itu sahaja, cucu kepada pemilik rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu kelihatan tidak kekok dan sombong bertemu ratusan peminat Malaysia sehinggakan memuat naik ciapan beserta video di aplikasi X.
“Sayang anda semua! Saya sangat gembira berjumpa semua orang hari ini. Sayang Kuala Lumpur,” ciapnya. Hilton berada di Malaysia bagi pelancaran wangian ke-30 beliau yang diberi nama Ruby Rush. Sebelum ke Malaysia, pelakon yang pernah membintangi filem House of Wax turut melancarkan wangian yang sama di Bangkok, Thailand pada Isnin. Untuk rekod, Hilton pernah hadir ke Malaysia pada Januari 2015 untuk satu acara di Petaling Jaya. Hilton kemudian kembali ke sini pada Oktober 2015 untuk melancarkan wangian edisi terhadnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
sayurmayur88 replied at 15-9-2023 02:02 AM
orang kaya, pewaris hotel hillton tapi simple jer.
rospinki replied at 15-9-2023 09:25 AM
dia ni mmng lahir atas dulang emas takde nk beriya tunjuk kaya..adab sopan tmpt org lagi terjaga. gi ...
edayildiz replied at 15-9-2023 10:13 AM
aah dia tdo hotel hilton masa dtg aritu
vanillaninja replied at 15-9-2023 10:14 AM
Semua video sheols yang lalu lalang I tengok. Memang friendly tak dibuat2 ya. Tak fake langsung. Pal ...
stingergrumpy replied at 15-9-2023 10:32 AM
Bagusler kalo ko tahu sedar diri.....yg ko tak lahir didulang emas tapi lahir je dah kena drill be ...
rospinki replied at 15-9-2023 10:37 AM
iye..lahir atas dulang besi karat
tapi iols jejak dibumi nyata hidup miskin biar tak hina {: ...
kemaruk replied at 15-9-2023 09:33 AM
Rugi dia tak sempat tengok mat sabu berdemo kat sogo esok
ADVERTISEMENT