Empat pemain Real Madrid memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan perkongsian video seks membabitkan seorang gadis bawah umur. Menurut laman web berita Sepanyol El Confidencial, tiga daripada pemain itu telah ditahan selepas ibu kepada seorang remaja perempuan bawah umur membuat laporan polis, mendakwa salah seorang daripada tiga pemain terbabit merakam video seks remaja berkenaan dan menyebarkannya, lapor Daily Star. "Real Madrid mengumumkan bahawa dimaklumkan seorang pemain Castilla dan tiga pemain Real Madrid C telah memberikan kenyataan kepada polis berhubung dakwaan penyebaran video peribadi di WhatsApp. "Sebaik kelab mempunyai maklumat terperinci mengenai perkara itu, langkah yang sewajarnya akan diambil," katanya. Dilaporkan, siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Gran Canaria berikutan aduan itu dikatakan telah dibuat di Mogan di selatan pulau itu pada 6 September lalu.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT