Seorang pesara mengalami sembelit yang sangat teruk meninggal dunia selepas membuang air besar dalam keadaan mengerikan di tandas. Sebaik lelaki berusia 65 tahun itu tiba dikejarkan ke ruang kecemasan hospital, keadaannya semakin teruk apabila mengalami sakit dada, loya dan keperluan untuk membuat air besar yang sangat mendesak.
Menurut Dr Rawdy Reales Rois yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, pesakit memberitahunya bahawa dia tidak dapat membuang air besar antara tujuh hingga 10 hari, lapor Daily Star. Doktor yang berkelulusan dari Universiti Koperasi Colombia 10 tahun lalu berkata, dia menempah elektrokardiogram dan hasilnya kembali normal. Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan, Dr Reales mendapati pesakit mengalami degupan jantung yang laju dan kelihatan berpeluh. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah masalah jantung, doktor berkata, adalah tidak digalakkan untuk memberi lelaki itu enema rektum seperti yang dia mahu.
Enema merupakan pemasukan cecair ke dalam dubur, terutamanya bertujuan untuk memudahkan buang air besar Lelaki itu memberitahu telah mengambil ubat untuk membantu masalah sembelitnya, tetapi ia tidak memberi kesan yang diingini. Pada masa itu, dia sangat mendesak untuk membuat enema sehingga doktor lain akhirnya melakukan prosedur ke atasnya. Dr Reales kemudian dimaklumkan pesakit mengalami serangan jantung ketika itu. Walaupun cuba menyelamatkan pesakit itu antara 20 hingga 30 minit, namun lelaki warga emas itu disahkan meninggal dunia. Sumber: mStar |
edayildiz replied at 15-9-2023 05:06 PM
makan papaya, jackfruit or watermelon je bang next time if ada sembelit lg..
why sembelit jd eh..kur ...
kakikuDibibirmu replied at 15-9-2023 05:10 PM
Orang tu dah matilah!
edayildiz replied at 15-9-2023 05:06 PM
makan papaya, jackfruit or watermelon je bang next time if ada sembelit lg..
why sembelit jd eh..kur ...
tumpanglalu74 replied at 15-9-2023 09:10 PM
Ye memang leh jadi. Hausmet sepupu aku, anak dara lagi mati time berak je.. Menjak tu aku fobia. ...
sharlenetexas replied at 15-9-2023 10:33 PM
Pitaya pun ok gak. Bila membuang keluar sekali bijik2 kecil tu.
edayildiz replied at 15-9-2023 11:31 PM
pitaya ? wat is dat sisturr
petai i know
ADVERTISEMENT