CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket Seludup Warga Pakistan Cari Isteri Warga Malaysia Tumpas

14-9-2023 07:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3445| Komen: 36

KUALA LUMPUR: Lelaki Pakistan yang menyasarkan wanita tempatan untuk dijadikan isteri, ditahan polis.

Dia dipercayai menjadi dalang utama sindiket penyeludupan manusia yang masuk menerusi sempadan negara di Kelantan.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata suspek ditahan bersama tujuh lagi rakan senegaranya dalam serbuan Ops Gelombang IV di beberapa lokasi sekitar Kelantan Isnin lalu.

Foto: Berita Harian

Sindiket berkenaan dipercayai aktif membawa masuk warga Pakistan ke negara ini sejak Mei 2022 untuk bekerja secara haram dan menyasarkan wanita warga tempatan sebagai isteri.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pakistan yang menaiki pesawat dan mendarat di Thailand.

"Kemudian mereka akan dibawa melalui pangkalan haram melintasi sempadan Malaysia -Thailand dan mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi seorang," katanya dalam kenyataan.


Ruslin berkata, berdasarkan maklumat risikan dua pasukan digerakkan ke dua lokasi bagi memintas kenderaan dinaiki suspek dan PATI yang dipercayai baru diseludup.

"Pasukan operasi memintas kenderaan yang dinaiki sindiket ini di Pasir Mas, Kelantan dan menahan tiga lelaki Pakistan yang yang terdiri daripada transporter dan PATI yang diseludup masuk.

"Pasukan kedua pula menahan lima lelaki Pakistan termasuk dalang utama dalam serbuan di sebuah kediaman di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan disyaki dijadikan sebagai transit," katanya.

Ruslin berkata, pihaknya merampas wang tunai RM2,000, pasport Pakistan tidak mempunyai cap masuk (lapan), dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta sedan disyaki digunakan untuk menyeludup.

Beliau berkata, semua PATI yang diseludup akan dihantar ke beberapa destinasi tertentu antaranya sekitar Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru dipercayai untuk bekerja.

"Dalang utama sindiket ini adalah pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Suami Kepada Warganegara manakala transporter berkenaan adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku.

"Dalang dan transporter terbabit ditahan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala enam PATI ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 14-9-2023 07:47 PM
Asal jadi duit
Org kita jugak yg bagi kat pati
Lesen niaga bagi..untung buta2
Kawen, bagiii
Moto kete sewa, bagiiii
Quote Skuau 14-9-2023 08:30 PM
"latuk..apa,salah..saiya mau kawen sama malezia parampuan..kawen apa salah..parampuan itu pon mau"-Pakis...
Quote shernazz 14-9-2023 08:32 PM
Mana tau
Kot depa Cari sedara kat sana
Quote glump 14-9-2023 08:42 PM
Banyak dah 9akistan kat tempat kami .bukak kedai perabot,kedai tayar,bengkel,kedai letrik ,kedai makan ..ada tu siap cakp yg ada org malaysia sponser dia bukak tahfiz...dah sama banyak je Bangla,Pakistan ,Indonesia...
Quote Skuau 14-9-2023 08:47 PM
glump replied at 14-9-2023 08:42 PM
Banyak dah 9akistan kat tempat kami .bukak kedai perabot,kedai tayar,bengkel,kedai letrik ,kedai mak ...

dgn lesen yg sah???
Quote miss_white 14-9-2023 09:11 PM
Biar gempa bumi je kambus kn pendatang2  yg ada kt malaysia ni

Quote CiliPadiSedap 14-9-2023 09:16 PM
miss_white replied at 14-9-2023 09:11 PM
Biar gempa bumi je kambus kn pendatang2  yg ada kt malaysia ni

jgnlah sis, kaka baru renovate dapur.
Quote B40tastePosh 14-9-2023 09:22 PM
Ekonomi Pakistan dah nak ranap ..bakal bankrap...hati², ape ape je diorg sanggup buat
Quote sambaldurian 14-9-2023 11:12 PM
Amboi mentang2 keturunan tok seh tu bnyk kt pasir mas, ada hati nk sasar wanita tempatan ye. Before merdeka terima la keturunan2 tok seh ni, ni dh negara berdaulat, merdeka xyah kacau sistem masyarakat sini dh.
Quote prince_marhaen 15-9-2023 09:42 AM
kat tempat meols pakis pakis ni sengaja ye jalan2 pakai baju jubah nipis dia tu, tayang bulu dada, jambang, seluar tak pakai spenda, ciknek terhuyung-hayang bila berjalan siap nampak kepala ciknek lagi...sengaja ye pastu lalu2 kat gerai2 kakak2 janda, kakak2 kilang balik kerja.... mana tak sangkut cikki2 tu tengok nala punya terong berjuntai2 ahahahaha babikkk betul..
Quote mayaHD 15-9-2023 11:05 AM
dok takut sangat ngan DAP last2 abgla & pakis menguasai
Quote miss_white 16-9-2023 04:32 PM
CiliPadiSedap replied at 14-9-2023 02:16 PM
jgnlah sis, kaka baru renovate dapur.

Dapur kayangan ke hihihi
Moga rumah kaka kalis gempa bumi
Quote blue_blur 16-9-2023 08:56 PM
pakistan + kat kelantan = ..............?

sorry la bai, kamu punya super super senior dah masuk level kayangan... jalan nya dah tak semudah lancar zaman dia dulu2...
Quote Skuau 16-9-2023 10:18 PM
mayaHD replied at 15-9-2023 11:05 AM
dok takut sangat ngan DAP last2 abgla & pakis menguasai

bkn la ni depa mai@bila dap( n the gang) perintah...
Quote Skuau 16-9-2023 10:19 PM
prince_marhaen replied at 15-9-2023 09:42 AM
kat tempat meols pakis pakis ni sengaja ye jalan2 pakai baju jubah nipis dia tu, tayang bulu dada, j ...

Eh3..TELITI bebenau dia nengok TU....
Quote hyie 17-9-2023 01:15 AM
prince_marhaen replied at 15-9-2023 09:42 AM
kat tempat meols pakis pakis ni sengaja ye jalan2 pakai baju jubah nipis dia tu, tayang bulu dada, j ...

meols perasan paki2 ni kuat main yach, asal cek in hotel je mesti bawak minah indon, yang paki tu sah2 la moslem yach. Antara bangla, nepal, india, ngan paki, geng paki lah yang paling sundal iya..no 2 bangla. Apepun, pilihan theyols adalah minah indon
Quote ultra78 17-9-2023 07:07 AM
Warga russia tak nak kerja di malaysia ke?
Quote eely_shana 17-9-2023 11:31 AM
Aik, cari isteri org msia?
Quote Skuau 17-9-2023 02:28 PM
eely_shana replied at 17-9-2023 11:31 AM
Aik, cari isteri org msia?


sinang mau meniaga angkat lisen bini nama la..lg mau ic-pakis.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.114402 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top