Kuala Lumpur: Seorang guru mengumpan anak murid lelakinya dengan membawa bermalam di hotel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak-kanak terbabit. Mangsa berusia 12 tahun itu sudah beberapa kali diperlakukan sedemikian rupa dan hanya diketahui keluarganya sekitar Julai lalu.
Menurutnya, ibu mangsa berusia 40-an terkejut apabila melihat video perbuatan guru lelaki terbabit yang dihantar ke anaknya. "Anaknya kemudian menceritakan apa yang berlaku di mana dia dipaksa guru terbabit. "Terbaru suspek sekali lagi membawa anaknya ke sebuah hotel lain di Genting Higlands pada 8 September lalu selepas habis waktu sekolah," katanya. Sumber berkata, ibu mangsa menghubungi guru terbabit selepas menyedari anaknya tidak pulang ke rumah namun suspek memberitahu dalam perjalanan ke sana bersama anaknya. "Malah ibunya turut meminta guru terbabit menghantar anaknya pulang semula namun tidak diendahkan.
"Susulan itu, dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah sebelum pengurusan sekolah menasihatkannya membuat laporan polis," katanya, Bimbang dengan keselamatan anaknya mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Petaling, kelmarin untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (pindaan 2023)," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Sazreena replied at 14-9-2023 07:50 PM
Aku kalau anak tak balik lebih 15 minit drpd time sepatutnya, aku akan call transporter. Tak kira la ...
otai_g replied at 14-9-2023 08:13 PM
Buat bnd x senonoh tu apa bnd? Makan sampah pun kira bnd x senonoh jugak.
mojarean_X: Mak bapa kena over protective ye zaman skang walaupun pd anak lelaki
gigahertz replied at 14-9-2023 11:59 PM
mangsa kita dah tahu anak lelaki.
tapi guru tu lelaki ke perempuan?
ADVERTISEMENT