Sebulan bercerai, Farid Kamil dan Diana Danielle tak kekok berada dalam acara yang sama dan bertentang mata antara satu sama lain. Menerusi Instastory, Farid merakam gelagat bekas isterinya itu yang sedang berada di dalam studio ditemu bual oleh wartawan.
Farid yang ketika itu berada di luar studio dilihat teruja merakamkan momen berkenaan. KataNYA dia hanya mampu melihat daripada luar sahaja kerana kurang sihat untuk ditemu bual. Farid turut menyertakan emoji lelaki sedang bahagia dilamun cinta berserta emoji hati. "Hanya mampu tengok di luar sahaja. Tidak mampu nak temu bual, suara tiada. Kasihan!"
Sebelum itu, kedua-dua selebriti ini ada berkongsi semula video yang dimuat naik oleh seorang usahawan di Instastory. Dalam video itu, Farid dan Diana dilihat duduk bersebelahan di meja makan. Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. -CARI
|
bedahmenjuyah replied at 14-9-2023 08:01 PM
Cerai virtual sbb parid sakit katanya. Lamanya sakit.
scrocth replied at 14-9-2023 01:36 PM
Boom!
scrocth replied at 14-9-2023 01:44 PM
dua_chzy replied at 14-9-2023 09:48 PM
Apasal DD menyeringai buruk pula. Padahal muka serius kemain lawa macam Sofia Jane muda2.
ADVERTISEMENT