CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Masukkan Playpen Dalam Mesin Basuh Kedai Dobi- Habis Kaca Pecah Bersepai, Air Sabun Melimpah

14-9-2023 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4141| Komen: 25

SINGAPURA –Sepasang suami isteri memasukkan ‘playpen’ (kandang main kanak-kanak) ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi menyebabkan penutup kaca mesin basuh  pecah, manakala  air sabun memenuhi premis berkenaan.


Mothership melaporkan, kejadian berlaku di Block 120 Canberra Crescent, Singapura pada Ahad lalu.

Di Facebook, seorang saksi berkata, dia berada di lokasi  apabila mendengar  bunyi kaca pecah datang dari arah kedai dobi Mister Wash.


Foto: Mothership

Selepas pergi ke kedai tersebut, dia terkejut melihat  penutup kaca unit mesin basuh pecah dan serpihannya berselerakan di lantai.

Mesin basuh yang boleh menampung muatan 16 kilogram itu masih berfungsi dengan objek yang dibasuh terjulur  keluar dan  berpusing dengan laju sebelum tercampak keluar.

Tambah individu tersebut, orang ramai ketika itu menyangka objek berkenaan ialah kereta sorong bayi, namun ia sebenarnya sebuah ‘playpen’.


“Ia benar-benar menakutkan. Serpihan kaca berterbangan di serata tempat. Jika ia tertusuk mata  atau mencederakan arteri anda, ini akan menyebabkan  bencana. Saya benar-benar tidak mahu sebarang kemalangan berlaku,” katanya.

Tambah individu itu, sepasang suami isteri kemudian meminta orang ramai tidak merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit , menyebabkan pengunjung sedar bahawa  mereka ialah pemilik ‘playpen’ berkenaan.

Program berita 8world News melaporkan,  pasangan tersebut berbincang dengan pemilik kedai dobi berhubung kos kerosakan, manakala premis berkenaan terus beroperasi seperti biasa. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 14-9-2023 07:51 PM
Negara maju la sangat kalau mentaliti ngalahkan konoha.
Quote Firenzza 14-9-2023 07:53 PM
Stress duduk dlm pigeon hole gamaknya
Quote sharlenetexas 14-9-2023 07:59 PM
Cerdiknya ummah singapork.

Quote tikusmontok 14-9-2023 08:23 PM
sharlenetexas replied at 14-9-2023 07:59 PM
Cerdiknya ummah singapork.

Banyak minum 'airbaru'
Quote sukacactus 14-9-2023 09:06 PM
Hurmmmm...cemana boleh terpikir nak basuh playpen dlm mesin tu ye
Bknnya kecik benda tu pun
Semoga ank2 tak menurun ye, kebodohan laki bini ni
Quote B40tastePosh 14-9-2023 09:13 PM
Otak dah takde ke?

Orak tertinggal kat rumah ke?

Quote syamzana 14-9-2023 09:52 PM
ya rabbi negara ummah urban serba maju ni kepala hotak letak kat mana??????
terlalu diluar kotak pemikiran depa ya
Quote orkid_amani 14-9-2023 09:56 PM
Playpen tu kalau nak basuh kena tanggalkan segala maknenek rangka dia tu..bukan sumbat seketoi masuk mesin. Apooooo laa
Quote sambaldurian 14-9-2023 10:13 PM
Takut ummah lain je, mainland ke, msian ke. Sana kn half citizen bkn lahir singapore pun.
Quote tumpanglalu74 14-9-2023 11:16 PM
Feswelkantri kunooon..
Quote kakikuDibibirmu 14-9-2023 11:18 PM
Barokah minum air Newater
Quote Jitu 14-9-2023 11:45 PM
dia nak buat eksperimen centrifugal force guna mesin basuh agaknya
#sangkabaik
Quote BartholomewKuma 15-9-2023 02:36 AM
Ni mesti keturonan bugis pelaq ni
Quote mojarean_X 15-9-2023 03:39 AM
Ohhhhh.....
Quote malarky 15-9-2023 09:50 AM
mentality kiasu?
Quote emera 15-9-2023 10:12 AM
Singaporkkk ke??
Quote manehnya 15-9-2023 10:29 AM
wow benaknye
Quote epullipan 15-9-2023 10:39 AM
1st class country katanya..mentaliti low class + kiasu
Quote ultra78 14-9-2024 07:32 AM
Negara IQ paling tinggi di asia tenggara

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062096 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top