"Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen," kata Fasha Sandha mengenai video yang dimuat naiknya ke Instagram menampilkan dia dan suami sedang bermesra dalam tab mandi. Fasha mengucapkan terima kasih atas segala komen dan menjelaskan bahawa dia hanyalah individu yang makan gaji dan menjalankan tugas.
"Kalian yang memuji, terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan bos, saya masih kuli. "Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya," tulisnya di Instagram.
Fasha juga turut meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Aidil Aziz yang kini sudah menjengah ke usia enam tahun. "Pejam celik, dah enam tahun kami bersama. Syukur. Apa pun, ya, perkahwinan ini adalah pinjaman daripada yang esa. Kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini. Cuma, kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat. "Doakan yang baik-baik, semoga yang baik-baik juga jadi kepada kalian. Saya sayang anda. Pencinta, atau pembenci, saya masih sayangkan anda," katanya.
Kata Fasha lagi, setiap teguran itu bermakna, orang masih mengambil tahu dan sayangkannya. "Orang tegur, kecam, puji, bermakna orang masih ambil tahu dan sayang. Dalam dunia ini, perlu ada orang tegur dan kecam juga untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik. Insya-Allah," katanya.
Hantaran itu juga turut dimuat naik bersama beberapa tangkap layar komen netizen yang memuji dan mengejinya. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|