Hisyam Hamid gemar mendengar lagu di radio lebih-lebih lagi ketika memandu kereta. Katanya dia sering bertukar saluran radio bersesuaian dengan ‘mood’ pada ketika itu. “A lot of song. I am the type yang bukan dengar satu lagi je. Kalau tengah drive pun, saya akan flip channel, kalau nak dengar lagu melayu pergi cari lagu melayu. Kalau tengah iklan, saya pergi cari channel lain. “Saya dengar lagu ikut mood, kalau nak tangkap emo sikit saya akan dengar lagu jiwang. Kalau malam sikit saya cari lagu yang menenangkan. “Kalau saya nak kemas rumah, saya akan dengar lagu yang fast beat,” katanya seperti dipetik di XTRA.
lagu kegemaran sepanjang zaman ialah nyanyian daripada Little Mix berduet bersama Jason Derulo yang berjudul Secret Love Song. “All time favorite saya suka dengar lagu Little Mix dengan Jason Derulo, The Secret Love Song sebab lagu tu banyak emotions dan banyak cerita dalam satu lagu tu. Its a very nice song to listen,” katanya.
Disoal jika lagu ada memberi kesan terhadap emosinya, Hisyam memberitahu turut menggunakan kaedah mendengar lagu untuk mendapatkan sesuatu ‘mood’ sebelum mula berlakon. “Even for acting, one of my secret is bila ada scene sedih saya akan dengar lagu sedih tapi depends juga.
“Baru-baru ni saya ada shoot filem untuk Hari Raya, scene tu dimana saya nak kena minta maaf dengan my father sebab kurang ajar, so saya dengar lagu-lagu raya yang sedih untuk ambil mood. “Especially untuk dapatkan mood tengah down, kalau happy tu senang sikit nak dapat. Tapi kalau nak ambil low sad mood tu lagu memang sangat membantu,” jelasnya. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|