CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Masih Bertali Pusat Dan Uri Melekat Ditanam Hidup-Hidup, Meronta-Ronta Menangis Bawah Tanah

14-9-2023 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2610| Komen: 7

NEW DELHI, India  – Sepasang suami isteri di negeri Uttar Pradesh, India terkejut apabila menemui seorang bayi yang baru lahir ditanam hidup-hidup dalam tanah.

Lebih menyedihkan tali pusat dan uri masih melekat pada badannya.



Gambar Hiasan

Daily Star melaporkan, dalam kejadian pada 8 September lalu,  Rajesh Kumar dan isterinya, Neelam, sedang bersiar-siar di sebuah kawasan di Kampung  Pulandar apabila mereka terdengar bunyi tangisan datang dari dalam tanah.

Mereka terkejut melihat tangan kecil terjulur keluar dan menggali tanah tersebut.

Selepas menggali dengan penuh berhati-hati, mereka menemui seorang bayi yang masih bernafas dalam  keadaan tali pusat dan uri yang masih melekat . 

Sejurus polis tiba, bayi tersebut dikejarkan ke hospital dan menurut pakar, dia menghadapi masalah pernafasan.

Namun,  setelah diberi rawatan, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan sihat,  manakala polis masih memburu ibu dan bapa kanak-kanak itu.

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak mengesahkan pihaknya akan menjaga bayi tersebut sehingga polis menyelesaikan siasatan, manakala Rajesh dan Neelam yang memiliki dua anak menyatakan hasrat untuk memeliharanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 14-9-2023 11:01 PM
anak pompuan ka? dah mcm kafir quraisyh.
tanam balik sapa yg buat tu hidup2x
Quote mamajawie 15-9-2023 10:13 AM
bagus la baby tu sihat walafiat n yang jumpa tu nk amik dia as anak angkat..smoga dipelihara n diberkati hidup dorang..
Quote FOTHER-MUCKER 18-9-2023 07:28 AM
Jikalau 60-70-80-90-100-500-1400 tahun lepas orang kata itu seksa kubur jeritan kedengaran terpekik terlolong.
Quote boo03 17-11-2024 05:47 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042868 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top