CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Kutuk Jasmin Hamid Gemuk, Rupa-Rupanya Menderita Kanser Rahim

14-9-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5659| Komen: 36

Jasmin Hamid bakal menjalani pembedahan kecil bagi memulihkan dirinya daripada kanser rahim dan sudah dimasukkan ke hospital pada Khamis sebagai persediaan sebelum menjalani pembedahan pada Jumaat yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.


"Hari ini saya masuk di hospital dan esok merupakan tarikh hari lahir saya, saya akan jalani pembedahan minor.

Foto: IG

"Mohon doa daripada kalian untuk Allah lancar dan permudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim," katanya di Instagram.

asmin juga mengakui hatinya tergores apabila ada pihak melontarkan komen negatif dengan mengutuk fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan dihidapinya.

Kata Jasmin, perubahan fizikal dirinya itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.


"Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu menggores perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya," katanya.

"Tiada siapa pun dalam dunia ini nak gemuk termasuklah saya, jadi, hari ini saya reveal kenapa," ujarnya lagi.


Sementara itu, Jasmin memberitahu dia juga telah memaafkan pihak yang mengutuk fizikalnya sebelum ini.

"Terima Kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian.


"Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja-kerja saya seperti biasa. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 14-9-2023 04:40 PM
Semoga urusan sheols dipermudahkan.
Quote wikedsaikel 14-9-2023 05:05 PM
vanillaninja replied at 14-9-2023 04:40 PM
Semoga urusan sheols dipermudahkan.

Aamiin aamin
Quote sukacactus 14-9-2023 05:16 PM
Semoga dipermudah Allah
Sapa yg ngata dia gemuk tu ye
At least dah berpuluh2 tahun dia maintain body cantik
Dah 50an kan, biasa la body naik
Quote naina 14-9-2023 05:22 PM
Semoga dipermudahkan dan kembali sihat
Diakui Sheolz dulu cantik gebu comel je
Biasalah tua2 nampak la cara tua
Janji tak cucuk2
Quote 3chanceno 14-9-2023 05:26 PM
Semuga Allah permudahkan urusan & cepat sihat.
Quote wolfheart 14-9-2023 06:22 PM
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Quote TeropongThaico 14-9-2023 06:31 PM
Semoga dipermudahkan & kembali sihat. Sekurang2 ada gak yg sembuh dr ancaman cycst ni. Eh derita cycst ke kanser? Ke cycst dah jd kanser? Lg super duper kesian kalau gini
Quote cmf_jeangrey 14-9-2023 06:34 PM
Prosedur dia remove cyst tu dulu dan buat test utk detect malignant ke tidak...so acik jasmin just minta doa supaya bukan malignant lah..belum dpt kanser lagi...semoga dipermudahkan
Quote jejarihalus 14-9-2023 06:47 PM
Baru ajer jumpa dia ni kat MATTA FAIR
Quote stania83 14-9-2023 07:12 PM
--itu hari heart attack kann
--semoga non cancerous
--kalau boleh jgn komen fizikal orang, muka kita badan kita berubah sbb sakit ubat stress dan sebagainya..
--tengok mcm zahnita hampir lumpuh sbb slip disc, tak kisahnya dia pasal rupaa.
Quote helicornia 14-9-2023 07:44 PM
Dia ni dr remaja mmg comel
Quote sharlenetexas 14-9-2023 08:16 PM
helicornia replied at 14-9-2023 07:44 PM
Dia ni dr remaja mmg comel

Masa filem Boss, Kanta Serigala dulu. Mmg hot sgt acik Jasmine dengan acik Didie.

Quote helicornia 14-9-2023 08:19 PM
sharlenetexas replied at 14-9-2023 08:16 PM
Masa filem Boss, Kanta Serigala dulu. Mmg hot sgt acik Jasmine dengan acik Didie.

Didie pun comel masa muda.hidung terpacak.now pun lawa
Quote MeowPARSI 14-9-2023 08:23 PM
Moga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh,,, kak jasmine lawa je,, glad tgk husband dia setia MENJAGA...
Quote sleepandream 14-9-2023 08:26 PM
tebalnye makeup... mcm opera singer dah...
apapun all the best utk acik jasmin hamid
Quote cik_ingeniare 14-9-2023 08:37 PM
Moga dipermudahkan semuanya
Quote likilu 14-9-2023 08:44 PM
helicornia replied at 14-9-2023 08:19 PM
Didie pun comel masa muda.hidung terpacak.now pun lawa

Masa marah enot haritu nampak dia lawa
Tapi kenapa tak popular jadi heroinselalu watak comedic je terpaksa dress up silly silly supaya tak sendu

Rezeki masing masing la kot
Quote heythere123 14-9-2023 08:53 PM
bagus sheols, tulis siap2 minor operation. Takde nak propa macam retis lain.

semoga dipermudahkan urusan sheols
Quote teen_angelJB 14-9-2023 08:55 PM
Tapi dia cantik...
I love u joyah.. Haha

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.115475 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top