CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramas, Hisap Payudara Dan Pegang Kemaluan Anak Kandung, Bapa Warga Emas Merayu Diberikan Peluang Kedua

14-9-2023 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4682| Komen: 46

Seorang warga emas mengakui kesalahan seksual yang pernah dilakukan terhadap anak perempuan kandung, danmerayu diberikan peluang kedua.

Lelaki berusia 63 tahun itu menyatakan telah insaf atas perbuatan yang dilakukan itu semasa perbicaraan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pada Khamis.


Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu e-hailing didakwa atas empat pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya, tahun lalu.

Gambar Hiasan

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang ketika itu berusia 13 tahun dengan memegang payu dara kanak-kanak berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mukim 8 Tanah Liat, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah, antara Mac dan Jun 2022.


Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan menghisap payu dara dan memegang kemaluan kanak-kanak sama di lokasi yang sama pada Mei 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(2)(a) akta yang sama.

Seksyen 14 (a) membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat manakala Seksyen 16 (2) akta sama, membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Wan Amira memohon supaya tiada sebarang jaminan ditawarkan berikutan hubungan tertuduh dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diberi peluang oleh hakim untuk berkata sesuatu kepada mahkamah merayu supaya dia dapat diberikan 'peluang kedua' berikutan insaf dengan kesalahan dilakukannya.

Hakim kemudian menetapkan tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh atas alasan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 27 September ini untuk fakta kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 14-9-2023 01:30 PM
umur 63 anak 13
Quote stingergrumpy 14-9-2023 01:31 PM
Agak agak ummah mana?
Quote cikatilia 14-9-2023 01:42 PM
kiri kanan topix amang seksual dgn details. ewwww
Quote JunkMail 14-9-2023 01:51 PM
Jijikkkkkkk nya perangai kau pakcik... badan dah bau tanah dah
Quote Sazreena 14-9-2023 01:56 PM
Jijik la sial..ngan anak kandung sendiri pun selera nak try...
Quote Tinot7 14-9-2023 02:03 PM
Eeww.. tatau nak kata apa..
Quote Buritan 14-9-2023 02:03 PM
Sazreena replied at 14-9-2023 01:56 PM
Jijik la sial..ngan anak kandung sendiri pun selera nak try...

Sian masa dpn budak tuu..
Quote sukacactus 14-9-2023 02:04 PM
Manusia ke apa ni, makhluk asing kot
Pelik2 je perangai!
Quote hareeeesah 14-9-2023 02:05 PM
Eh aku sakit kepala la baca byk sgt kes mcm ni.. apa jd manusia-manusia ni?
Quote chandrahusin 14-9-2023 02:09 PM
Anak 13 tahun kau berahi
Byk tgk porn ke hanat
Quote noor2 14-9-2023 02:22 PM
Peluang kedua apa???...
Quote Suchi 14-9-2023 02:38 PM
Detailnya tajuk

Quote Sazreena 14-9-2023 02:39 PM
Buritan replied at 14-9-2023 02:03 PM
Sian masa dpn budak tuu..

Kalau anak tu kuat, Insya Allah ada masa depan...bukan senang nak hadap and pulih drpd trauma.
Quote Buritan 14-9-2023 02:44 PM
Sazreena replied at 14-9-2023 02:39 PM
Kalau anak tu kuat, Insya Allah ada masa depan...bukan senang nak hadap and pulih drpd trauma.

Ape trauma budak tu ekk.. kalo dia sendiri pun tak sedo dia dicabul..sbb aku masa kecik dulu ade org ramas buah dada aku.. tp aku mcm tak phm masa tuu.. soklam serius tanye ni.. adakah aku jd anxiety semua ni hasil dr cabul tu..
Quote copy_paste 14-9-2023 02:44 PM

umo 50 dia masih dpt anak lg,xtau tu anak bongsu ke atau anak bini muda ke,
Quote BartholomewKuma 14-9-2023 02:45 PM
Baca tajok pon aku dah... WTF???? natang pa aku baca ni???
Quote BartholomewKuma 14-9-2023 02:46 PM
Sazreena replied at 14-9-2023 02:39 PM
Kalau anak tu kuat, Insya Allah ada masa depan...bukan senang nak hadap and pulih drpd trauma.

Esok lusa pak dia tu dah tak larat kena buang anak2 padan muka kendian masok tibi kata anak2 buang tak peduli mak pak jadi anak durhaka mintak simpati masarakat phui
Quote bungarose 14-9-2023 03:08 PM


Celaka!!
Quote alongweeda 14-9-2023 03:13 PM
amende ni weiii..ni bkn otak ltk kt lutut...ni xde otak

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.199124 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top