CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zaiza, Anak Zainal Abidin Mengaku Tak Bersalah Cederakan Dan Pukul Bekas Isteri

14-9-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1462| Komen: 5

Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya.


Zaiza, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Foto: mStar

Bekas pemain bola sepak Pahang FC itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sofia, 32, di kediaman wanita itu di Cyberjaya pada pukul 10 malam, 25 Februari lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam Johan Ariff Salim Khan mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pengadu.

Majistret turut menetapkan sebutan semula kes pada 26 Oktober depan.

Untuk rekod, Zaiza dan Sofia, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor pada 14 Jun lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.

Selepas bercerai, Sofia kini menetap seorang diri di Cyberjaya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 14-9-2023 01:31 PM
ruginya la. muka xhelok perangai setan
Quote dani-rox 14-9-2023 03:43 PM
selalunya gini lah kan, bewak idop pakej kaki pukul sekali
Quote boo03 17-11-2024 05:47 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038296 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top